Sunday, October 7, 2012

Corat-Coret Si Flasher


Corat-Coret Si Flasher

Gambar hiasan takde kaitan dengan Flasher. Takkan nak letak gambar Flasher kan?


“Haritu ada orang nampak sorang lelaki. Jalan-jalan dalam UIA ni tak pakai pape”
“Hah? Apesal dia macam tu?”
“Entah. Dia jalan je. Tak pakai pape. Tak bawa pape”
“Err. Badan dia berminyak hitam tak? Ada rambut?”
“Ni bukan Orang Minyak. Ni Flasher..”

Err. Flasher? Saya bukan Flasher. Heh.

Siapa sangka di bumi yang subur dengan dakwah dan tarbiyah ini, isu ini bakal wujud. Sehingga menjadi ketakutan mahasisiwa-mahasisiwi UIAM. Sungguh! Bukan sisters je takut. Brothers pon takut. Nak jalan-jalan Stabaz sorang-sorang pun, dah tak berani.

Wahailah Flashers sekalian. Apa sebenarnya keinginan kalian?

Ok. Sebelum tu. Anda tahu Flasher ni apa?

Asalnya, saya sendiri tidak mengetahui wujudnya perangai sebegini. Sehinggalah isu ini menjadi buah mulut kawan-kawan. Dan juga dibincangkan di IIUM Online. Serius nampaknya.

Ok lah. Ayuh imbas sedikit isu Flasher ni.

Menurut urbandictionary.com, Flasher bermaksud:

“A person, usually a man, who takes pleasure in exhibiting his private parts to random people in public.”

Oh. Perbuatan ini menurut sejarah, dikaitkan dengan kepercayaan karut marut Orang India dahulu kala. Terdapat satu peribahasa Catalan:

'La mar es posa bona si veu el cony d'una dona' - 'The sea calms down if it sees a woman's cunt'.

Menurut kepercayaan ini, wanita India pada zaman dahulu mendedahkan vaginanya kepada laut sebelum suaminya belayar bagi menolak bala. Kerana syaitan atau kecelakaan takut melihat bahagian peribadi wanita ini.

Sementara di Barat pada kurun ke-20, perbuatan ini lebih bersifat lucah dan porno. Namun, bagi sesetangahnya, perbuatan ini bertujuan untuk memalukan sesetengah pihak, terutamanya lelaki. Mereka mendedahkan bahagian peribadinya untuk memperlekehkan orang lain dan mendatangkan rasa malu bagi orang yang melihatnya.

Oh ya. Flasher ni, salah satu bahagian daripada Exhibitionism. Banyak lagi jenis-jenis Exhibitionism ni.

Dari sudut psikologi pula, Exhibitionism adalah suatu penyakit ‘sexual deviation’ ataupun lebih dikenali sebagai ‘Paraphilia’. Manusia yang menderita penyakit Exhibitionism ini suka untuk melakukan hubungan seks di tempat yang membuatkan dia tertangkap melakukan perkara tersebut (tempat awam lah kot) ataupun mendedahkan tubuhnya kepada orang ramai.

Manakala Flasher adalah salah satu jenis Exhibitionism yang bertujuan untuk menunjuk-nunjuk sahaja. FLASH sahaja. Tanpa melakukan apa-apa tindakan kepada mangsa (menyentuh atau sakiti mangsa).

Apa yang dia dapat?

Kepuasan. Bila dia tidak bertepuk sebelah tangan. Suka bila gadis-gadis menjerit melihatkan dia berkeadaan sebegitu.

Perbuatan ini pernah berlaku di Brierfield, England. Seorang lelaki 40-an membuka seluarnya di hadapan sepasang kekasih di perhentian bas. (September 2012)

Juga pernah berlaku di Contennial Park, Kingman. Seorang lelaki 50-an ditangkap apabila flash-ing di sebauh taman, di hadapan pengunjung termasuk remaja 14 dan 15 tahun. (Ogos 2012)

Err. Jangan kata wujud insan-insan Flasher di UIA. Ini UIA kot. Universiti ISLAM Antarabangsa!

Hmm.

Saya dok sebok-sebok tentang isu ni, bukan apa. Tapi, perbuatan ni jelas-jelas tak sihat.

Satunya, saya melihatnya dari sudut aurat.

Bahagian tersebut kan aurat. Mana boleh tunjuk kepada awam. Allah kan memerintahkan kita supaya menutup aurat. Sesama mahram pun, aurat kita terbatas. Apatah lagi dengan orang ramai yang takde apa-apa kaitan dengan kita.

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” 

(Al-Ahzab:33)

Keduanya, dari sudut sikap dan akhlaq.

Flash-ing benda yang tak perlu di-flash. Allahu. Kalian tak segankah? Jauh dari adab kesopanan Melayu. Kita ni orang Melayu, sangat beradab. Lalu depan orang tua kene tunduk. Memanggil orang yang lebih tua dengan panggilan ‘abang’ dan ‘kakak’. Tegur menegur dengan berhikmah dan berlapik. Hmm. Rasanya perangai flash-ing ni, tak tergolong dalam adab kesopanan Melayu ni. Malah, sangat bercanggah!

Err. Tak segan ke?

Ahah. Patutlah dalam satu hadis tu, bunyinya:

“Malu itu sebahagian daripada iman.” 

(HR Muslim dan At-Tirmidzi)

Dalam hadis lain, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu.” 

(HR Bukhari)

Artis pon sokong hadis tentang malu ni.

Menurut Lagu Kalau Berpacaran riwayat Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet,

“Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman”

KERNA MALU ITU PERISAI ORANG BERIMAN

Jadi, jomlah beramal dengan sikap malu. Sikap malu itukan sikap orang beriman. Tak payahlah flashing-flashing ni.

Kalau setakat nak menakutkan orang ramai, lebih baik anda jadi hantu dekat Ghost House Stabaz. Hehe. Menakutkan orang secara ‘syar’ie’.

Flashers.

Kalian nak argue tentang kebebasan? Bebas buat apa sahaja? Seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan? Ya lah. Kalian bukan buat apa-apa kepada mangsa pon. Cuma menakutkan.

Hmm.. 

Memang Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukkan kebebasan individu. Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap orang mempunyai kebebasan untuk bergerak (freedom of movement).

Hm. Tapi kebebasan ini tidak mutlak tahu! Terhad. Jika ia mengganggu ketenteraman awam, kesihatan awam, atau berkaitan penghukuman pesalah, anda tidak lagi bebas!

Perbuatan anda mem-flash-ing adalah terbatas atas alasan ketenteraman awam! Kalau di negara Barat sendiri flashing adalah satu kesalahan, apatah di negara tercinta 1Malaysia yang majoritinya orang Melayu yang sangat bersopan santun kan?

Nah! Jelas sudah kan? Agama melarang. Negara tercinta 1Malaysia pon tak bagi buat. Orang ramai pon tak suka. Melanggar pantang larang dan adab kesopanan orang Melayu lagi. Menyalahi fitrah.

Mungkin saya boleh cadangkan aktiviti lain yang lebih berfaedah. Berbasikal keliling UIA. Ziarah kubur Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim belakang UIA. Jalan-jalan cari makan di Stabaz.  Main arnab. Bola air. Flying fox. Mencuba pelbagai masakan di Mahallah Ali.

Pendek kata, kalau tak nak buat perkara yang berfaedah, jangan buat perkara yang memudharatkan.

Oh ya. Tertarik dengan keprihatinan warga kampus UIA tentang isu ini. 

Sakeenah Al-mashoor

dunt run away!! call this num 012 4260019 (pkcik nasrol) or 61965555 (iium security) if any of u see the 'flasher' or suspected guy.take a good care of urself especially for the sisters n make sure to lock ur door every second.may allah help us... insya-allah

Nad Alattas

Just finish my discussn d asiah n nk pulg ke aminah, d pertghn jln tersermpk ngn pak n mak guard (got long stick with her) yg sedng berlegar2 d mhlh aminh n she remind me: " adk, msuk blik knci pintu ye""nk cari (flasher) pon x tau mne ni"...

Btw ble flasher sedar kite wat rondaan n tgh jd hot isu skrg kt sister's mhlh, yup ofcoz flasher akn kurgkn aktvti biadp trsbut n berjge2, sbb tula ble aduan d buat prlu segera bertndk, jgn tnyakan terlalu byk soaln, boleh tny but later, ni bg mse tuk flasher larikn dri.. Pape pon ok la good start n sgt appreciate la pd guards n mrk yg terlibat mmbntu buat rondaan..thnk to all of u..

Dear sisters, jage dri d mne anda brda, jgn lalu d kwsn yg snyi n gelap, sntisa brsame 2-3 org teman, elakkan pulang ke mahalah pd lwt mlm n buat aduan dgn sgera jika nmpk org yg mencurigakn.. Sekian tq..:-)

(Ambil di IIUM Online. Mencari satu post seorang sister yang berkongsi tips menghadapi Flasher. Tapi dah tak jumpa. Tak larat dah nak scroll down. Haish. Btw, terima kasih kepada sisters yang prihatin)

Cukuplah tentang Flasher. Moga Allah ampunkan dosa kita semua. Moga Allah sentiasa melindungi UIA dari sebarang musibah dan kecelakaan. Moga Allah masih sudi menurunkan rahmat-Nya ke atas kita semua.


Kesimpulan:

1. Jangan jadi Flasher.
2. Berhati-hati sentiasa.


Sekian. Wallahu a’lm.





Rujukan:

IIUM Online
wikipedia.org/
urbandictionary.com
The Story of V: A Natural History of Female Sexuality by Catherine Blackledge
kingmandailyminer.com/
lancashiretelegraph.co.uk/



((tak pasal-pasal saya diburu Flashers untuk post ini. habislah))



Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan Mendidik Rasa Kehambaan


Bulan puasa mendidik kita dengan sifat kehambaan kepada Allah. Mendidik dengan sifat taqwa.

Satu contoh.

Bila bulan puasa, kita mesti berpuasa bermula dari terbit fajar (masuk waktu Subuh) dan hanya boleh berbuka setelah fajar menyinsing (masuk waktu Maghrib). Jadinya, bermula dari waktu Subuh tu, kita akan berpuasa perut, mata, telinga, kaki dan anggota lainya. Sampailah waktu Maghrib, baru boleh berbuka.

Waktu Subuh Allah yang tetapkan. Waktu maghrib juga begitu.

Agak-agaknya, ada ke sesiapa yang berani untuk langgar waktu-waktu ni walaupun satu saat?

Contohnya, dia bersahur sehingga waktu Subuh. Kemudian, bila azan berkumandang, dia tak nak berhenti makan. Dia hanya akan berhenti satu minit setelah itu.

Sama juga ketika berbuka puasa. Dia tak mahu ikut waktu yang telah Allah tetapkan. Dia nak berbuka tiga minit sebelum waktu Maghrib.

Agak-agaknya, apa akan jadi?

Tentulah puasanya batal!

Haha. Kalau batal kene ganti.

Mudah kan? Simple.

Macam mana ya semua muslim yang berpuasa dapat mematuhi waktu-waktu ini sepanjang dia berpuasa?

Hmm. Ini bukti dia ada sifat taqwa. Dia takut untuk langgar perintah Allah. Dia takkan memandai tetapkan masa puasanya sendiri.

Ini juga bukti dia menghambakan diri kepada Allah. Allah telah tentukan waktunya, jadinya dia patuh. Sebab dia hamba Allah.

Benarlah Ramadhan itu sebuah madrasah tarbiyyah. Yang mendidik manusia yang berusaha untuk memperbaiki dirinya. Jadilah hamba Allah yang rabbani, jangan jadi hamba Ramadhani. 

Tazkirah oleh Ustazah Maznah Daud
Iftar anjuran Wanita IKRAM Shah Alam dengan pelatih-pelatih Rumah Perlindungan Arafiah.
Turut hadir aktivis HALUANITA, Persatuan Masjid Selangor dan Pertubuhan Mawaddah.




ps: berbaki 4 hari lagi. Moga hari-hari terakhir ini merancakkan lagi keinginan untuk beribadah.


Friday, August 10, 2012

Seminggu Sebelum Ramadhan Tahun Lalu.


Majlis Berbuka Puasa Dengan Muallaf.





Program anjuran JK Dakwah IKRAM Shah Alam. Berbuka puasa dengan muallaf. 

Ada sorang belia lelaki cina. Nama yang di pilih setelah Islam, Rizwan. Sangat muda lagi. 19 tahun kalau tak silap. Katanya, “Masuk Islam seminggu sebelum Ramadhan yang lepas. Ramadhan kali ni kali kedua saya berpuasa.”

Subhanallah. Baru je peluk Islam dah mula menunaikan rukun Islam yang keempat ini. Pengamatan aku, mungkin dia dah lama berminat dan mengkaji islam. Sebab tulah, bila dia dah masuk Islam, dia dapat menunaikan ibadah puasa dengan mudah. Moga Allah tetapkan hati muallaf-muallaf ni di jalan-Nya hingga ke akhir hayat mereka.

Mereka juga dapat sumbangan duit daripada IKRAM Shah Alam. Aku lihat, ada juga yang datang satu keluarga. Pengamatan aku (lagi), mungkin bapa atau ibunya yang masuk Islam. Lalu dibawa anak-anak mereka bersama. Subhanallah. Allahu Akbar. Benarlah hidayah itu milik-Mu.

Seronok melihat mereka. Waktu taaruf, mereka bagitahu nama Islam mereka dan nama sebelum Islam. Ada yang masih mengekalkan nama keluarga mereka. Seronok je bila mereka bagitahu nama Islam mereka. Ada yang ambil nama Hidayah. Najwa. Syafiqah. Hehe. Mereka juga bagitahu sejak bila mereka islam. Ada yang dah lima tahun. Ada yang masih baru. Aku rasa yang paling baru Rizwan kot. Baru setahun. Alhamdulillah.

Moga Allah tetapkan iman kalian. Tahniah atas hijrah kalian.

Teringat dekat Taufiq Zulfikar yang juga seorang saudara baru. Moga rahmat Allah sentiasa memayungimu. 


Kredit foto: FB IKRAM Shah Alam



Thursday, July 26, 2012

Keluarga 30th Legacy AIKOL



Keluarga 30th Legacy AIKOL



Aku hampir memasuki tahun keempat pengajian. Perjalanan yang aku kira sangat panjang. Tapi perjalanan ini adalah perjalanan pencarian ilmu. Jihad. Jadi, aku tak kisah berapa lama pun aku perlu ada di sini. Aku cuma tak mahu tersungkur di pertengahan jalan.

Oh ya. Bukan itu yang aku ingin coretkan di sini. Yang ingin aku kisahkan, tentang keluarga besar aku. Keluarga aku dalam jihad mencari ilmu.

Hari-hari pergi kelas aku jumpa mereka. Kalau tak faham subjek, aku tanya mereka. Takkan nak tanya orang lain kan? Untuk aku yang punya roomates yang 30th Legacy juga, lagilah. Makan. Tidur. Outing. Study. Bergaduh. Usrah. Daurah. Semua dengan 30th Legacy. Oh. Cukup-cukuplah tu 30th Legacy. Haish.

Ada pula group FB. Amboi. Semangat sungguh ya! Belum lagi dikira nak buat t-shirt lah. Ada logo sendiri lah. Mujur takde blog sendiri ke. Organisasi sendiri ke. Allahu.

Dan yang menjadikan kisah ini lebih menarik ialah ahli keluarga ni. Macam-macam ragam dan perangai. Ya lah. Budak LAW. Hehe.

Ada yang jenis suka berkongsi apa yang dia tahu dengan semua orang. Dia update pasal inilah. Pasal itulah. Berkongsi kisah keluarga. Isu politik. Isu semasa negara. Isu ummah. Program-program tarbawi. Program kuliyyah. Gossip hangat. Calon mertua. Artis baru pakai tudung. Eh? Ada ke? Hmm. Pendek kata, semua dia nak bagitahu.

Ada juga Cuma muncul sekali sekala. Kalau dia rasa dia perlu bersuara, dia muncul. Kalau dia rasa tak perlu, dia Cuma jadi silent reader. Setakat ambil tahu perkembangan semasa.

Kami juga selalu berkongsi cerita. Kongsi nota. Bergurau senda. Saling berbincang. Usik mengusik. Gossip menggossip. Berkongsi minat pasukan bola. Tembak menembak. (err..)

Dan, bila keadaan dah jadi kacau bilau, abang sulung pon datang menenangkan. Beri teguran dan mengingatkan. Oh. Kadang-kadang memang ayatnya agak menusuk kalbu. Macam peluru Israel yang menembak kanak-kanak Palestin yang tak berdosa. Eh. Eh. Kesitu pula. Tapi, itu tandanya dia sayang kan?

Maka, keadaan sedikit tegang. Abangnya tetap dengan pendiriannya. Tapi adik-adik lain tak nak mengalah. Tak mengaku salah. Malah, menembak si abang kembali. (Eh. Siapa yang betul ni sebenarnya?)

Hmm. Macam-macam kan? Kan aku dah kata, budak LAW~ Memang macam ni. Bila ada orang cuba menentang sikit, mulalah dia beri rasional atas tindakannya itu. Bagi alasan. Siap ada dalil (autoriti).
Tapi. Bagi aku, itulah keindahan keluarga ini.

Kalau pelangi ada satu warna je, tak menarik kan? Sebab ada tujuh warnalah pelangi tu cantik. Indah.

Macam tu lah keluarga ini. Ada yang riuh. Asyik-asyik dia cakap. Dia je lah yang rajin respon. Ada juga yang senyap. Cuma ambil tahu, dan buat kesimpulan sendiri. Ada yang minat politik. Ada yang mula menceburi bidang perniagaan. Ada yang aktif society.

Dan yang lebih lebih menyerikan keluarga ini, adalah kehadiran abi-abi dan ummi-ummi yang sangat dedikasi. Mengajar kami ilmu-ilmu dengan sabar. Sentiasa memandu kami dalam sebarang kekeliruan. Selalu bagi nasihat dan tunjuk ajar. Yang paling aku suka, ummi-ummi juga berkongsi pengalaman hidup mereka dengan kami. Mungkin supaya kami belajar dari masa lalu mereka.

Subhanallah. Indah kan?

Hmm. Tak kisahlah apa pun perangai kalian. Aku hormatinya. Sebab setiap orang memang berbeza. Setiap orang ada warnanya sendiri.

Berpeganglah dengan prinsip hidup kalian. Aku hormatinya. Aku tahu perjalanan hidup kita berbeza. Aku tahu personaliti kita berbeza. Pemahaman dan cara fikir pun lain. Jadi, teruskan menjadi diri anda. Kalau ada orang tegur sikap kita, itu demi kebaikan kita. Cuba ambil masa dan fikir. Terima dengan hati terbuka. Dan yang paling penting, hormatilah perbezaan sesama kita.

Perselisihan? Alaaah. Biasalah tu. Ulama’ juga berselisih pendapat dalam mengeluarkan hukum. Inikan pula hal remeh temeh dalam hidup kita.

Terima kasih Ya Allah atas nikmat ini. Dikurniakan sahabat seperjuangan yang macam ragam. Tetapkan kami dalam deen-Mu. Kurniakan kami akal yang sihat untuk mempelajari ilmu-Mu. Sudilah Engkau kekalkan ukhuwwah ini hingga ke akhirnya. Ukhuwwah teras kegemilangan!

Terima kasih Ya Allah. Dikurniakan guru-guru yang hebat. Kurniakan mereka kesabaran dalam mendidik kami. Kurniakan mereka keberkatan dalam hidup dan ilmu mereka. Sesungguhnya merekalah pewaris nabi-nabi.


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnua Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

[al-Hujurat:13]

“Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

[al-Hujurat: 9] (rujuk)

Terima kasih 30th Legacy untuk semua keindahan ini.

eh. ada ucapan raya pulak. xpe lah. selamat hari raya in advance :)




Ps: saya bukan assobiah. Cuma… entah lah.. Mungkin cuba menghargai setiap yang ada di sekeliling saya. Peace. ^_^v


Tuesday, July 10, 2012

Kisah Si Jamilah




Bismillah.

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[al-Baqarah: 216]

Saturday, June 16, 2012


Bismillah.

"International Law takkan berubah sehinggalah satu event besar berlaku. International law berubah selepas berlakunya Perang Dunia Pertama. Kemudian, international law berubah lagi setelah Perang Dunia Kedua." 

lecturer PIL


Jadi, untuk melihat perubahan lagi, kita mesti bersedia untuk berlakunya satu peristiwa besar. Keadaan dunia hari ini yang menunjukkan banyak kezaliman berlaku di mana-mana dan orang yang ingin menegakkan keadilan tidak dapat berbuat apa-apa. 

Tapi yakinlah. Kezaliman itu takkan bertahan lama. Kebenaran akan menumpaskannya. Al-Haq akan menggantikan kebatilan. Bersedia untuk itu!

Manusia memang tak sukakan perubahan. Tapi demi dunia yang lebih baik, kita mesti menghadapinya. 

Kalau isu kezaliman di Syria pun kita tak mampu nak bersatu, isu apa lagi yang kita nak?

Ya Allah. Tunjukkan aku perkara yang bisa menyatukan umat Islam seluruhnya. 

Ya Muslimin. Bersatulah kerana kita berpegang pada aqidah yang sama. Dalam bab furu', hormatilah perbezaan setiap dari kita. Sebab dalam masalah furu', mustahil untuk mencapai muafakat. Berbeza pendapat bukan satu dosa kan? Melainkan ianya jelas bercanggah dengan QS.

“Barangsiapa berijtihad dan ijtihadnya betul, ia mendapat 2 pahala. Ijtihad yang salah mendapat 1 pahala”

Bukhari dan Muslim 


Allahu a'lam.


Thursday, February 16, 2012







ali-Imran: 123
"sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal ketika itu kamu adalah orang yang lemah. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuri-Nya"



Sunday, January 8, 2012


musim exam 


kata orang, exam tu penting. kat sinilah kefahaman tentang ilmu kita diuji. sejauh mana kita faham, semuanya dapat dilihat melalui exam. lagipun, kalau takde exam, tak baca buku lah kita. betul tak?





Thursday, January 5, 2012

mukhayyam



saje nak promote. mukhayyam khariji untuk semester ni.
^__^