musim exam
kata orang, exam tu penting. kat sinilah kefahaman tentang ilmu kita diuji. sejauh mana kita faham, semuanya dapat dilihat melalui exam. lagipun, kalau takde exam, tak baca buku lah kita. betul tak?
hmm, exam, exam jugak. ujian yang nyata.. express test.
implied test?
lagi la banyak. secara tak langsung, musim exam ni banyak uji kita dalam macam-macam keadaan.
time exam ni lah,
terjumpa game best dalam laptop.
terigin nak dengar lagu ini lah, lagu itulah..
nak tengok ombak rindu.
update blog
dan macam-macam ujian lagi.. tak terkata
mujahadah waktu ni sangat lah susah. nak stay kat meja baca buku tu ujian yang maha dahsyat.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang yang sebelum mereka , maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui orang yang berdusta" (al-Ankabut: 2-3)
mujahadah tu satu hal. untuk tentukan takat mana kita. boleh lepas tak semua ujian tu. istiqamah dengan amalan. thabat.
persekitaran pun mainkan peranan. kawan-kawan sekeliling. roommates. classmates. akhawat. jiran-jiran bilik.
tengah leka depan laptop. tiba-tiba,
"Nah!"
Erk.. ni nak suruh aku sambung study ni. dah lama sangat mengadap laptop.
jazakillah^_^
alhamdulillah ada kawan yang saling mengingatkan. persekitaran yang baik ni. kawan dan roommate yang selalu mengingatkan.
"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (az-Zukhruf:67)
"Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (al-Asr:2-3)
thanks.
* * * * *
p/s:
ummi sorry
p/ss:
lolipop bukan yang pertama.
ada lagi :)
dan banyak lagi nota-nota cinta sepanjang sem ni \(^_^)/
No comments:
Post a Comment