Kisahnya si
Jamilah.
Ini kisah
tragis Jamilah dan anak-anak. Kasihan mereka. Dah la hidup mereka terbuang. Ditimpa
pula ujian berganda.
Jamilah asalnya
dari Jeram, Kuala Selangor. Namun kini menetap di Shah Alam bersama keluargaku.
Mempunyai 3 anak, Arifin, Tasnim dan Basyu. Walaubagaimanapun, tidak diketahui
siapakah ayah kepada anak-anak tersebut.
Kisah tragisnya
bermula pada suatu petang yang cerah. Hujan tidak turun. Angin sepoi-sepoi
bahasa. Aku baru pulang dari kerja, di Seksyen 13 Shah Alam. Sebaik sahaja aku
matikan enjin kereta, adik bongsuku lantas menerpa aku yang belum sempat keluar
kereta.
“Kak Ngah,
Jamilah bergaduh. Anak dia, Arifin mati. Kepalanya tercabut dari badan, tak
tahu entah kemana. Jamilah pula luka di bahagian muka. Kaki dia sakit.”
Subhanallah.
Begitu hebat sekali dugaan yang menimpa Jamilah. Adikku membawa aku melihat
Arifin yang sudah tidak bernyawa. Dalam longkang besar di luar rumah. Benarlah katanya,
kepala Arifin tidak di situ. Hanya badannya sahaja. Aku kira, kejadian ini
mungkin berlaku beberapa jam lalu. Arifin yang sudah tidak bernyawa itu sudah
dihinggapi lalat dan semut.
Kemudian aku
masuk ke rumah. Ingin melihat Jamilah pula. Bagaimana keadaannya.
Ternyata memang
benar kata-kata adikku. Muka Jamilah luka. Hampir dengan matanya. Terdapat satu
goresan di atas mata. Betul-betul atas mata. Lukanya masih berdarah. Kulit tersiat
menampakkan daging. Apabila dia bergerak, terzahirlah langkahnya yang tempang. Terenjut-enjut.
Kakinya mungkin retak. Atau patah. Atau bengkak. Allahu a’lam. Oh. Sungguh kasihan.
Setelah mendengar
cerita adikku, lalu, aku pun membuat kesimpulan awal.
Mungkin bergaduh dengan anjing. Anjing tu nak serang Arifin tapi Jamilah cuba menghalang. Namun usaha Jamilah sia-sia apabila anjing tersebut berhasil memisahkan kepala Arifin dari badannya. Kepala Arifin, mungkin di bawa pergi oleh anjing tersebut.
Mungkin bergaduh dengan anjing. Anjing tu nak serang Arifin tapi Jamilah cuba menghalang. Namun usaha Jamilah sia-sia apabila anjing tersebut berhasil memisahkan kepala Arifin dari badannya. Kepala Arifin, mungkin di bawa pergi oleh anjing tersebut.
Ummi mempunyai
pendapat yang berbeza. Jamilah dan Arifin dipukul orang! Mungkin ada yang marah
dengan kehadiran mereka lalu memukul mereka sehingga mati dan cedera.
Begitulah telahan
kami. Cuma mengandaikan sahaja. Kebenaran masih belum terungkai. Hampir dua
minggu perkara ini berlalu. Tiada pula roh tidak aman Arifin menuntut bela atau
mengganggu ibunya yang masih bernyawa. Tiada juga pihak polis atau pasukan
forensik jabatan kimia yang datang melakukan siasatan atau mengambil keterangan.
Apapun,
melalui kisah tragis ini, aku terlihat satu perkara. Betapa kasih sayang
Jamilah terhadap Arifin itu benar-benar wujud. Ikhlas. Meski Jamilah gagal
menyelamatkan anaknya, dirinya tetap terluka. Mujur kejadian ini tidak turut
mengorbankan nyawa Jamilah. Kasihan Tasnim dan Basyu.
Sepanjang Jamilah
dan anak-anak tinggal bersama kami, memang jelas bahawa Jamilah sangat
sayangkan anak-anaknya. Sewaktu anak-anaknya baru dilahirkan, kami dilarang
keras untuk menyentuh mereka. Sehinggalah anak-anaknya sudah buka mata dan boleh merangkak-rangkak.
Apalah salah
Arifin sehingga diperlakukan begitu. Oh ya. Semasa kisah tragis ini berlaku,
umur Arifin belum sampai 1 tahun pun lagi.
Aku melihat
pula isu ummah seluruhnya. Dalam satu konteks yang lebih besar. Di Syria, rejim
Bashar Assad sedang giat membunuh rakyatnya. Dianggarkan bilangan rakyat Syria
yang terbunuh mencapai angka 17,000 orang. Lebih kurang 50 sehingga 100 orang
dibunuh setiap hari! Paling tidak boleh diterima akal, mangsa turut terdiri
daripada kanak-kanak dan bayi. Apa mereka sudah tidak mempunyai akal fikiran
yang waras? Apa galang ganti yang mereka terima sehingga tega melakukan
tindakan seakan binatang itu?
Belum dikira
bumi Palestin yang dijajah. Dinafikan hak ke atas tanah sendiri. Rumah mereka
diroboh dan mereka dipaksa keluar. Suami ditahan. Pemuda dibunuh. Padahal,
semua ini berlaku di atas tanah milik mereka yang sah! Apakah bahana semua ini?
Mana PBB? Mana undang-undang antarabangsa yang kononnya lantang bersuara
mempertahankan hak asasi manusia?
Di Rohingya
juga begitu. Masyarakat muslim dibunuh sesuka hati. Masjid dibakar. Padahal Myanmar
itu sangat dekat dengan bumi tercinta kita 1Malaysia (eh?).
Allahu. Aku
mohon diberi pembelaan ke atas rakyat Syria yang tidak berdosa. Bebaskan Syria
daripada pemerintah yang kejam. Tumbangkan Assad sepertimana Hosni Mubarak
digulingkan rakyatnya.
Kembalikan bumi
Palestin kepada muslim kerana muslim sahajalah yang berhak ke atas bumi wakaf
ini. Jadikan kami srikandi pejuang pembebasan Palestin sepertimana Salahuddin
al-Ayyubi dan Umar al-Khattab.
Bantu sahabat-sahabat
muslim kami di Rohingya. Bantu sahabat-sahabat kami di Iran dan Iraq. Dan dimana
jua mereka berada. Datangkanlah bantuan ke atas kami. Datangkanlah kemenangan-Mu
ke atas kami.
Allahu Akbar!
Tiada kuasa yang lebih hebat melainkan dari-Mu.
p.s: Ayuh
terus berdoa agar saudara seaqidah kita terus kuat menempuhi ujian ini. Tunjukkan
keprihaninan kita. Kerana kepedulian kita bisa menjadi sumber kekuatan mereka. Percayalah.
Aku sudah bersuara. Anda?
p.ss:
Jamilah adalah seekor kucing.
Nah! Sekarang
kamu katakan, bagaimana mungkin wujudnya manusia yang tega melakukan kezaliman
dan pembunuhan dengan bermaharajalela sedangkan seekor binatang juga mempunyai
perasaan kasih sayang dan belas kasihan?! Mereka ini lebih teruk lagi
berbanding Jamilah, seekor kucing. Tidak menggunakan akal fikiran dan anggota
untuk melihat kebenaran. Benarlah kata Allah,
Dan
sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan
manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami
(ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata tetapi tidak mempergunakannya
untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi
tidak mempergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti
binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang
lalai.
[al-A’raf:
179]
Allahu a'lam.
No comments:
Post a Comment