Thursday, February 16, 2012







ali-Imran: 123
"sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal ketika itu kamu adalah orang yang lemah. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuri-Nya"





Kekuatan sebenar dalam pertempuran bukan bergantung pada kekuatan senjata semata-mata. Atau canggihnya teknologi yang diguna. Tapi bergantung pada kekuatan hati pejuang-pejuangnya.

Allah akan memberikan kemenangan kepada pasukan yang bertaqwa kepada Allah dengan sebenar taqwa. Sepertimana dalam perang Badar yang mana bilangan kuffar tiga kali ganda bilangan mu'min.

Sultan al-Fateh membuktikannya ketika pembukaan Kota Konstantinopel. Barisan hadapan pejuangnya terdiri daripada mereka-mereka yang bangun di malam hari bermunajat kepada Allah. Akhirnya jatuhlah Empayar Byzantine yang telah bertahan selama lebih 1000 tahun.

Betapa kekuatan rohani dan ketaqwaan kepada Allah adalah kunci utama dalam berhadapan musuh.

Pada awal kenabian, baginda diwajibkan bangun malam berqiamullail. Kenapa? Sebab hanya kekuatan iman yang membuatkan baginda kuat menempuh segala ujian kafir quraisy terhadapnya.


Di mana pun kita berada. Dalam bentuk apa pun cubaan yang mendatang. Kuatkanlah kekuatan rohani kita. Itu sahaja yang dapat menjamin bahawa kita masih dalam landasan.


[usrah Ma Cherie. 15 Feb 2012]


No comments: