Bismillah.
Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik
bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan
(ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak
mengetahuinya.
[al-Baqarah: 216]
“Syifa’, macam
mana LAP?”
“Alhamdulillah. Best!”
“Syifa’ belajar apa kat sana?”
“Conveyancing. Litigation.”
“Oh. Firm tu buat litigation. Firm aku tak terima
litigation. Eh Syifa’, bos kau tak kesah ke kau pakai tudung labuh?”
Erk..
* * *
* *
Oh. Pengalaman LAP aku memang seronok. Walaupun aku
kadang-kadang (selalunya) malas nak keluar bekerja pagi-pagi, tapi aku paksa
juga kaki ini untuk terus meneruskan perjuangan ini. Tak akan terasa manis
kalau tak merasa kesusahan kan?
Aku terkesan dengan perbualan aku dengan seorang kawan
semalam. Apabila dia tanya, “Bos kau tak kesah ke kau pakai tudung labuh?”
Memang bos aku tak kesah kot.! Dia ikhwah. Senior
sekolah aku dulu (SMI Hira’). Bergiat aktif dalam jemaah dan alumni Hira’.
Waktu nak memilih tempat untuk aku LAP, aku selalu
berfikir untuk ‘menjenguk’ dunia luar. Apa ya suasananya? Teringin nak bergaul
dengan orang yang biasa-biasa. Hmm. Aku memang selalu berfikir begini. Waktu keluar
sekolah dulu pun aku fikir macam ni. Tetapi akhirnya aku akan buat keputusan
untuk stay dalam lingkungan selesa aku.
Ya lah. Supaya nanti, waktu bekerja, aku selesa dengan
pakaian aku. Aku selesa dengan orang-orang di sekeliling aku. Dengan orang yang
aku bergaul. Kalau tempat tu ramai orang yang anti orang pakai tudung labuh
macam mana? Aku nak jaga aurat, dan selesa dengan apa yang aku pakai. Kalau staff-staff
kat situ ikhtilatnya kurang terjaga macam mana? Tiba-tiba staff lelaki datang
kat kita dan tepuk bahu? Pandangan mata yang tak dijaga? Ajak keluar makan
bersama? Allahu.
Dan, perancangan Allah itu sangatlah bijaksana. Dia lebih
mengetahui keadaan kita. Daya tahan kita. Situasi sepertimana yang kita bisa
bertahan. Dan ternyata aku perlu duduk dalam lingkungan selesa ini. Bersama orang
yang faham Islam. Walaupun staff-staff di sini bukanlah mereka yang berbulatan
gembira, namun, mereka ni orang baik-baik. Mungkin aku tak akan mapu untuk
menghadapi situasi-situasi yang pelik lagi mencabar. Sebab itu aku di sini.
Dalam keadaan masyarakat Malaysia yang masih baru
dengan perubahan ke arah Islam, agak sukar untuk aku cari tempat yang sesuai. Dalam
memilih tempat, aku cuba untuk memilih bidang yang praktikkan undang-undang
Islam. Pilihan pertama aku, Amanah Raya Berhad. Teringin nak menceburi bidang
faraid. Bidang ini khusus untuk muslim kan? Pastinya orang di situ juga tahu
sedikit sebanyak tentang undang-undang Islam.
Tapi, Allah menentukan untuk aku mendapat pilihan
kedua. Di sebuah firma guaman, tempat aku praktikal sekarang. Alhamdulillah.
Eh. Susah ya jadi akhawat? Nak kene pilih tempat yang
elok-elok je? Tak boleh pergi merata? Tak bebas lah.
Oh. Bukan aku kata MESTI untuk cari tempat milik
ikhwah akhawat. Tapi, lihatlah kemampuan diri. Dengan pandangan serong non-Muslim terhadap Islam, dan disebabkan aku yang agak ‘rapuh’
dengan hentaman dan hujahan peluru cacian dan makian orang, lebih baik aku cari
tempat yaang agak selamat untuk aku.
Lagi pula, bekerja dengan orang yang sefikrah ni
mudah. Ya lah. Kita kan berkongsi matlamat hidup yang sama.
Dan, dengan kesusahan untuk cari tempat yang ‘selamat’
(bagi aku) ini, dengan pilihan yang terhad, percayalah kamu akan mendapat
sesuatu yang lebih juga!
Mendapat taujih dari bos berkenaan kehidupan alam
pekerjaan. Bos siap bawa dalil kot!
“Rezeki kita Allah dah tentukan. Sejak roh ditiupkan
ke dalam jasad kita. Jadi, kita kenalah usahakan sesuatu untuk rezeki itu turun
kepada kita. Tak boleh la tunggu je. Memang tak turun lah.
Rezeki ni pun, tak menentu. Kadang-kadang banyak. Kadang-kadang
sikit. Ada fail sorang klien tu, susah betul kita nak handle. Macam-macam nak
kene buat. Kita travel sana sini. Tapi, legal fees dia, tak banyak pun. Rasa susah
handle fail dia tu macam tak berbaloi dengan legal fees yang dia bayar. Berbeza
pula dengan fail klien yang lain. Mudah saja. Tak banyak hal. Legal fees yang
masuk pun, boleh tahan.
Yang penting, kita berusaha. Usaha kita tu menjadi
sebab untuk rezeki turun kepada kita.”
Hmm. Ini tentang putaran hidup dari kaca mata seorang
ikhwah. Membuatkan aku tersentak jap. Ya lah. Asyik malas nak keluar kerja. Kalau
tak kerja, macam mana nak dapat rezeki kan?
Aku juga dapat input tentang isu jemaah.
“Kita kene jelas tentang perjuangan kita. Apa yang
kita perjuangkan tu, adalah untuk Islam atau benda lain? Ke mana hala tuju
jemaah kita? Kalau asyik nak perjuangkan melayu, memang tak kemana lah kita. Kita
nak perjuangkan Islam….”
Ok lah. Isu ni, aku berhentikan setakat ni. Cerita
sikit-sikit sudah. Sensitif. Banyak juga yang aku dapat sebenarnya.
Dan, paling best, bila kita kerja denga ikhwah ni,
mereka sangat bertanggungjawab. Eh. Bukan orang lain tak bertanggungjawab. Cuma,
ada cerita kurang enak. Ada student praktikal yang buat kerja despatch. Ada yang jadi driver. Tak salah mereka nak arahkan kita buat apa-apa, tapi,
biarlah kita dapat pelajari sesuatu. Sebab memang objektif LAP ni sebagai
pendedahan awal tentang dunia guaman.
Aku dekat sini, macam-macam aku buat. Daripada kerja fotostat
document, scanning, call client, isi borang setem, baca kes, sehinggalah pergi
ke mahkamah untuk dengar perbicaraan dan sebutan kes.
Sebab ikhwah ni, mereka tahu, kami datang bukan
semata-mata nak tolong mereka di pejabat, malah kami nak pelajari sesuatu. Diajarnya
aku satu persatu. Macam mana nak isi borang berkaitan penukaran hak milik tanah. Belajar tentang prosedur kes jenayah. Macam-macam lagi.
Sebab orang yang mengikuti tarbiyyah ini, mereka
bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul atas bahunya. Menerima student
attachment ni, bukan sekadar memenuhi permintaan kuliyyah. Tapi, lecturer dan
student tersebut mengharapkan sesuatu daripadanya.
Sebab ikhwah ni, dia nak kita juga hebat seperti
mereka. Sepertimana diri mereka yang sudah berjaya mengakhiri zaman kuliyyah,
dan seterusnya masih bertahan di alam kerjaya disamping usrah yang tidak
ditinggalkan, begitulah dia mengajarkan aku tentang kehidupan ini.
Sebab ikhwah ni, mereka jelas dan faham tentang
matlamat hidupnya.
Bukan aku kata orang yang buat LAP di tempat lain tak
dapat apa-apa manfaat. Bahkan kalian lah yang belajar perkara-perkara yang
lebih besar daripada aku. Bergantung kepada diri sendiri sejauh mana kita nak
pelajari ‘sesuatu’ itu. Kalau bos ajar banyak-banyak pun tapi kita ambil ringan
je, tak bagus juga. Lebih baik kita pelajari sedikit tapi kita pegang sampai
bila-bila. Lihat hikmahnya dari pelbagai sudut. Allah tak jadikan sesuatu
dengan sia-sia.
“Eh Syifa’, bos
kau tak kesah ke kau pakai tudung labuh?”
“Tak kesah. Bos aku ikhwah” ^____^
“Yeke. Bestlah!”
“Alhamdulillah”
Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa
yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia
juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata):
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami bersalah jika kami lupa
atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang
yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan
kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan
kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami. Tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”
[al-Baqarah:286]
Allahu
a’lam.
No comments:
Post a Comment