Tuesday, February 1, 2011

Cinta Mekanik


Bismillah


gambar hiasan


"Awak cek la mana-mana yang patut. Saya pon tak tahu apa masalah kereta ni"

"Ok, ok. Cuba cerita apa yang terjadi"

"Tadi waktu drive, tiba-tiba enjin mati. Ingatkan minyak habis, kiraorang pun isi la sikit, tapi still tak boleh start"

"Lepas tu ada tak awak start enjin?"

"Ada. 2-3 kali juga la."

"Erm, ok. Kejap ye.", sambil terus mencari-cari punca masalah kereta tersebut.

Setengah jam berlalu. Macam-macam yang mekanik tu buat. Cek bateri. Ok je. Air. Ok juga. Akhirnya, tahu lah mekanik tersebut masalah kereta tu.

"Starter rosaklah awak"

"Starter? Huh. Pastu, kena buat apa?"

"Kena tukar starter barulah"

"Owh. Em, berapa ye? Saya ni dah la tengah tak de duit"

"Lebih kurang RM 200 je. Beli starter baru dan pasang terus."

"RM200? Mahalnya. Awak jangan cuba tipu saya. Saya saman baru tahu, on the ground of cheating by virtue of section 415 of the Penal Code.", sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal. Macam tak betul section tu. Tak pe lah. Dia tak tahu.

"Amboi.. Saya tahulah awak tu student law. Tapi tak payah la nak saman saya. Saya ni cuma nak tolong awak. Ikhlas tau."

***

"Tahu tak kenapa Allah ciptakan jari-jari kita tak sama panjang?"

"Kalau sama panjang tak cantik lah, ustaz", gelak.

"Bukan setakat tak cantik, nak makan pun susah.", sambil menggayakan situasi tersebut. Gelak lagi.

"Alhamdulillah. Syukur Ya Allah"

"Alhamdulillah. Kalau Allah cuma ciptakan jari kita ada 4 je. Apa akan jadi?"

"Lagi la tak cantik. Susah nak makan."

"Hm.. Ada sebabnya Allah jadikan jari kita ada 10 dan tak sama panjang, sama seperti Allah jadikan manusia yang pelbagai"

"Maksud ustaz?"

"Ringkasnya, macam ni. Kalau Allah jadikan semua orang pandai, lepas pastu jadi doktor, siapa nak buat kerja-kerja binaan? Atau jadi pomen?"

"Maksudnya mesti ada orang jadi bodoh?"

"Eh bukan macam tu. Maksudnya, ada sebab Allah jadikan kita berbeza. Saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan pula kita memandang rendah kepada mereka."

"Oh. Betul jugak kata ustaz. Kalau tak ada mekanik, macam mana kalau kereta kita rosak? Siapa nak baiki? Betul tak?"

"Betul tu."

***

-tak memiliki tak bererti tak memerlukan
-tergelincir? no way