Keluarga 30th
Legacy AIKOL
Aku hampir
memasuki tahun keempat pengajian. Perjalanan yang aku kira sangat panjang. Tapi
perjalanan ini adalah perjalanan pencarian ilmu. Jihad. Jadi, aku tak kisah
berapa lama pun aku perlu ada di sini. Aku cuma tak mahu tersungkur di pertengahan
jalan.
Oh ya. Bukan
itu yang aku ingin coretkan di sini. Yang ingin aku kisahkan, tentang keluarga
besar aku. Keluarga aku dalam jihad mencari ilmu.
Hari-hari
pergi kelas aku jumpa mereka. Kalau tak faham subjek, aku tanya mereka. Takkan nak
tanya orang lain kan? Untuk aku yang punya roomates yang 30th Legacy
juga, lagilah. Makan. Tidur. Outing. Study. Bergaduh. Usrah. Daurah. Semua dengan
30th Legacy. Oh. Cukup-cukuplah tu 30th Legacy. Haish.
Ada pula
group FB. Amboi. Semangat sungguh ya! Belum lagi dikira nak buat t-shirt lah. Ada
logo sendiri lah. Mujur takde blog sendiri ke. Organisasi sendiri ke. Allahu.
Dan yang
menjadikan kisah ini lebih menarik ialah ahli keluarga ni. Macam-macam ragam
dan perangai. Ya lah. Budak LAW. Hehe.
Ada yang
jenis suka berkongsi apa yang dia tahu dengan semua orang. Dia update pasal
inilah. Pasal itulah. Berkongsi kisah keluarga. Isu politik. Isu semasa negara.
Isu ummah. Program-program tarbawi. Program kuliyyah. Gossip hangat. Calon mertua.
Artis baru pakai tudung. Eh? Ada ke? Hmm. Pendek kata, semua dia nak bagitahu.
Ada juga Cuma
muncul sekali sekala. Kalau dia rasa dia perlu bersuara, dia muncul. Kalau dia
rasa tak perlu, dia Cuma jadi silent reader. Setakat ambil tahu perkembangan
semasa.
Kami juga
selalu berkongsi cerita. Kongsi nota. Bergurau senda. Saling berbincang. Usik mengusik.
Gossip menggossip. Berkongsi minat pasukan bola. Tembak menembak. (err..)
Dan, bila
keadaan dah jadi kacau bilau, abang sulung pon datang menenangkan. Beri teguran
dan mengingatkan. Oh. Kadang-kadang memang ayatnya agak menusuk kalbu. Macam peluru
Israel yang menembak kanak-kanak Palestin yang tak berdosa. Eh. Eh. Kesitu pula.
Tapi, itu tandanya dia sayang kan?
Maka,
keadaan sedikit tegang. Abangnya tetap dengan pendiriannya. Tapi adik-adik lain
tak nak mengalah. Tak mengaku salah. Malah, menembak si abang kembali. (Eh. Siapa
yang betul ni sebenarnya?)
Hmm. Macam-macam
kan? Kan aku dah kata, budak LAW~ Memang macam ni. Bila ada orang cuba
menentang sikit, mulalah dia beri rasional atas tindakannya itu. Bagi alasan. Siap
ada dalil (autoriti).
Tapi. Bagi aku,
itulah keindahan keluarga ini.
Kalau pelangi
ada satu warna je, tak menarik kan? Sebab ada tujuh warnalah pelangi tu cantik.
Indah.
Macam tu
lah keluarga ini. Ada yang riuh. Asyik-asyik dia cakap. Dia je lah yang rajin
respon. Ada juga yang senyap. Cuma ambil tahu, dan buat kesimpulan sendiri. Ada
yang minat politik. Ada yang mula menceburi bidang perniagaan. Ada yang aktif
society.
Dan yang
lebih lebih menyerikan keluarga ini, adalah kehadiran abi-abi dan ummi-ummi
yang sangat dedikasi. Mengajar kami ilmu-ilmu dengan sabar. Sentiasa memandu
kami dalam sebarang kekeliruan. Selalu bagi nasihat dan tunjuk ajar. Yang paling
aku suka, ummi-ummi juga berkongsi pengalaman hidup mereka dengan kami. Mungkin
supaya kami belajar dari masa lalu mereka.
Subhanallah.
Indah kan?
Hmm. Tak kisahlah
apa pun perangai kalian. Aku hormatinya. Sebab setiap orang memang berbeza. Setiap
orang ada warnanya sendiri.
Berpeganglah
dengan prinsip hidup kalian. Aku hormatinya. Aku tahu perjalanan hidup kita
berbeza. Aku tahu personaliti kita berbeza. Pemahaman dan cara fikir pun lain. Jadi,
teruskan menjadi diri anda. Kalau ada orang tegur sikap kita, itu demi kebaikan
kita. Cuba ambil masa dan fikir. Terima dengan hati terbuka. Dan yang paling
penting, hormatilah perbezaan sesama kita.
Perselisihan?
Alaaah. Biasalah tu. Ulama’ juga berselisih pendapat dalam mengeluarkan hukum. Inikan
pula hal remeh temeh dalam hidup kita.
Terima kasih
Ya Allah atas nikmat ini. Dikurniakan sahabat seperjuangan yang macam ragam. Tetapkan
kami dalam deen-Mu. Kurniakan kami akal yang sihat untuk mempelajari ilmu-Mu. Sudilah
Engkau kekalkan ukhuwwah ini hingga ke akhirnya. Ukhuwwah teras kegemilangan!
Terima kasih
Ya Allah. Dikurniakan guru-guru yang hebat. Kurniakan mereka kesabaran dalam
mendidik kami. Kurniakan mereka keberkatan dalam hidup dan ilmu mereka. Sesungguhnya
merekalah pewaris nabi-nabi.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnua Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
[al-Hujurat:13]
“Dan jika
dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara
keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah
puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia
kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum
Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
[al-Hujurat:
9] (rujuk)
Terima kasih 30th Legacy untuk semua keindahan
ini.
eh. ada ucapan raya pulak. xpe lah. selamat hari raya in advance :) |
Ps: saya bukan assobiah. Cuma… entah lah.. Mungkin cuba
menghargai setiap yang ada di sekeliling saya. Peace. ^_^v
7 comments:
nice one syifa'..hehe i love ur karya..=)
wan! alhamdulillah. tengsomuch. :))
terbaik lah syifa! :) terharu membaca. 'ukhuwah tersa kegemilangan' mc kenal je moto ni.hehe
Alhamdulillah.. satu perkongsian yang menarik syifa.. syukron atas perkongsian yang menarik ini
alf mabruk,terbaek la syifa!!
syifa,bila nak merasa doriyaki syifa ni,dah lama kami menunggu,hahaha
alhamdulillah. jazakallah hakim, freeze and nik. nik kalau nak dorayaki gi beli je, senang. hehe
Post a Comment