"Abang, nak
tanya satu soalan. Perasaan abang lepas kahwin. One word. ?"
………..
* * * * * * *
Ada orang
nak sangat kahwin. Tak sabar. Katanya, indah. Punya imam memimpin diri dan
anak-anak. Alhamdulillah.
Ada orang
takut. Takut tak mampu galas beban sebagai isteri atau suami. Sebagai ibu dan
bapa. Almaklumlah. Tugas bertambah berlipat kali ganda. Kalau dulunya kita
hanya mengurus diri sendiri, kini kena urus suami. Anak-anak. Bukan itu sahaja,
ada keluarga mertua. Saudara ipar. Tak cukup dengan urusan diri sendiri, kini
urusan suami juga adalah urusan kita.
Biasanya,
golongan yang pertama tu, golongan yang belum nak kahwin. Sebab dia hanya
nampak yang indah. Golongan yang kedua pula, yang dah dekat nak kahwin. Sebab
waktu ni, barulah dia ternampak bayangan-bayangan hitam yang perlu dia hadapi
selepas kahwin nanti.
Apa-apa pun,
tak dinafikan, perkahwinan itu indah. Perkahwinan sahajalah yang menghalalkan
perhubungan antara lelaki dan wanita yang ajnabi. Sebab itulah, ada yang
mengibaratkan perkahwinan dan rumah tangga sebagai “Syurga yang disegerakan”.
Kalau tidak,
takde lah orang bercouple, clash, pastu couple dengan yang lain pulak, pastu
clash lagi. Cari yang lain pula. Allahu. Bertukar ganti lima enam kali. Pantang
single, mesti cari pengganti. Tak boleh hidup sendirian katanya.
Tapi, lain
pula untuk yang menjaga had-had Allah. Bagi mereka, setinggi manapun keinginan,
syariat tetap yang utama. Lalu, Allah sediakan penyelesaiannya. Bernikahlah.
“Maka
sempurnalah sebahagian dari agama kalian”
Maka,
dengan pernikahan, tersalurlah syahwat ke jalan yang dihalal-Nya. Malah,
mendapat pahala.
Maka,
diraikanlah fitrah manusiawi yang ingin dicintai dan mencintai.
Maka,
berkuranganlah maksiat yang berasaskan syahwat dan nafsu kebinatangan. Maksiat
berdua-duaan. Khalwat. Ikhtilat. Zina. Dari sekecil-kecil zina sehinggalah
sebesar-besar zina. Buang bayi. Lari rumah. Derhaka ibu bapa. Hubungan sama
jantina. Semuanya boleh dielakkan dengan pernikahan. Subhanallah. Indahnya syariat-Nya.
Perkahwinan
juga akan melahirkan rasa ketenangan kepada kedua pasangan.
"Diantara
tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari
jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan
dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum 21)
“Ya iyalah
ukhti. Faham yang itu. Tapi bukankah pernikahan itu memberatkan? Minum pakai
suami kita yang jaga. Mengandung melahirkan dan menyusu lagi. Dalam masa sama,
bekerja.”
Malah, ada
yang menyindir.
“Jom
makan-makan sambil curhat malam ni? Café HS pukul 11.00 malam?”
“Afwan
ukhti. Ana kene balik rumah.”
“Oh lupa. Dah
kahwin. Tu lah. Susah juga ya. Tak boleh keluar malam. Kene minta izin. Urus banyak
perkara.”
Amboi sinisnya.
Lalu, untuk
golongan ini, apa entah mahu kalian? Aku bingung.
Bernikah itukan,
sunnatullah. Hidup berpasangan. Yang dijadikan untuk setiap makhluq yang DIA
ciptakan. Bahkan binatang tumbuhan punya pasangannya.
Bernikah itukan,
sunnah Rasulillah. Malah nabi tidak mengaku ummat bagi yang sengaja untuk tidak
bernikah. Nabi-nabi lainnya juga bernikah.
“Nikah itu
adalah sunnahku, dan sesiapa yang membenci sunnahku bererti dia tidak termasuk
dalam golonganku.” (Hadis riwayat Muslim).
Pernahkan dengar
hadis, “Wanita adalah golongan yang mudah untuk masuk syurga”?
Cuba bayangkan,
bila isteri menyediakan peralatan perang suami, sama pahalanya dengan suaminya
yang keluar berjihad. Makanya, menyediakan minum pakai suami yang nak keluar
berdakwah, pahala suami berdakwah turut mengalir kepada si isteri.
Cuba bayangkan,
bila ibu meahirkan anak dan seterusnya mendidik mereka menjadi insan yang soleh,
doa anak tersebut bakal menjadi syafaat ibunya di dalam kubur. Malah, ibulah
yang memegang kunci redha mereka. Keutamaan seorang anak lelaki juga adalah
terhadap ibunya meski dia telah bernikah.
Kalau semata-mata
tidak mahu bernikah atas alasan “urus makan minum suami”, Allahu.. Sempitnya
pemikiran. Melihat rumahtangga dari satu sudut semata.
Sehingga menafikan
sudut-sudut yang lain. Menafikan titah tuhan yang menjadikan manusia secara
berpasangan. Menafikan sunnah Rasulmu yang menyarankan pernikahan. Menafikan jalan
mudah untuk ke syurga. Menafikan ganjaran pengorbanan yang berlipat kali ganda.
Dan menafikan banyak lagi perkara.
Maaf kalau
bunyinya agak keras. Tapi, risaulah bila perbuatan kita bercanggah dengan sunnah
Allah yang menciptakan diri kamu! Risaulah bila lidahmu bertentangan dengan
perbuatan Rasulmu! Jangan ego bro!
Boleh nak
buat perjanjian. Tapi biarlah nampak syarie-nya. Kita kan ikhwah akhawat.
Macam dalam
KCB, “tak boleh kahwin lain selagimana dia boleh melaksanakan tugasnya sebagai
seorang isteri”. Kerana dia hanya ingin menjadi seperti puteri Rasullah,
Fatimah yang tak pernah dimadukan oleh Ali. Nak seperti Khadijah yang tak
pernah dimadukan oleh Rasulullah.
Tapi, kalau,
“Awak basuh baju awak, saya basuh baju saya”, maknanya kita relakan pahala
jihad terbang begitu sahaja, ditiup angain shiu shiu?
Kesimpulannya,
terpulang kepada diri sendiri. Ini hanya pendapat peribadi saya. Sekian.
Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah
melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan
mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga
mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis
Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
* * * * * * *
“Abang, nak
tanya satu soalan. Perasaan abang lepas kahwin. One word. ?”
“Sayang.”
“Maksudnya?
Tak fahamlah. Sayang bukan perasaan.”
“Sayang isteri
melebihi diri sendiri.”
T_T
5 comments:
simple and significant,rasa nak sambung baca lagi :) huhu,syifa' boleh ana minta izin ntuk share?
setuju dengan kak nadia. hee
Jihad..dua2 berkorban
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 聊天室 , 真爱旅舍 , 293视频聊天室最开放
Post a Comment