Saturday, June 22, 2013

Mahar 40USD Buat HERO Malaya





Mahar 40USD

Baru-baru ni kita telah digemparkan dengan satu berita. Yup. Tawaran untuk menikahi gadis-gadis Syria dengan mahar bernilai 40USD. Atas alasan membantu mereka. Al maklum, negara Syria sedang bergolak. Tentang Bashar Assad si kuku besi. Tentang puak Syiah yang memusuhi saudara mereka sendiri, ahli Sunni.

Kekejaman terus-terusan berlarutan. Tapi dunia ini senyap seribu bahasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Entah ke mana perginya PBB dan pejuang-pejuang hak asasi kemanusiaan. Tak siapa berani menentang melainkan segelintir cuma.

Paling menyedihkan, puak ini mengaku diri mereka sebagai muslim, tetapi memusuhi saudaranya sendiri. Ahh. Aku tidak sepatutnya menggelar mereka sebagai muslim. Puak ini telah melakukan kezaliman terhadap saudaranya. Membunuh. Merogol. Menyiksa. Pelbagai layanan yang tidak selayaknya diberikan kepada manusia. Kerana, sesama manusia, darahnya diharamkan oleh Allah. Haram dalam erti kata, kita haram membunuhnya, haram mengambil hartanya, haram menyakitinya.

Akan tetapi, atas kefahaman puak ini, dihalalkan segala kezaliman tersebut dan perkara ini berterusan sehingga hari ini.

Kalau kita lihat isu Palestin, isu Palestin hari ini adalah satu isu yang popular dalam  mata masyarakat dunia, tetapi lain keadaannya dengan isu Syria. Kezaliman yang sama telah berlaku. Tetapi dunia hanya memandang sepi. Menutup mata dan memekakkan telinga. Mengelak dari membincangan hal ini. Padahal tahap keseriusan kedua-dua isu ini adalah setara.

Paling menyedihkan, ada juga golongan yang cuba mengalihkan pandangan mereka-mereka yang kurang peka tentang isu Syria ini sehingga isu ini disalah erti.


Ya. Aku merujuk tentang tawaran menikahi gadis-gadis Syria dengan mahar 40USD atas alasan menyelamatkan mereka daripada penindasan puak Syiah.

Menurut aku, tawaran ini, pertamanya, telah merendahkan martabat wanita. Keduanya, senang-senang mereka menggunakan nama ‘Ikhwanul Muslimin Mesir’. Allahu. Aku cuba membaca buku-buku IM. Dan menurutku, tawaran sebegini tidak akan  terlintas oleh IM meski alasannya tampak munasabah.

Dan, daripada isu ini juga, aku terlihat satu perkara. Tentang mahar.

Mahar yang rendah pastinya memudahkan. Apatah lagi hidup di bumi Malaysia yang menuntut kos kehidupan yang sangat tinggi. Baru keluar universiti sudah menanggung hutang yang berpuluh ribu. Nak kahwin, keluarga perempuan pula menetapkan mas kahwin yang tinggi. Dengan pengalaman kerjaya yang sifar, kemudian memasuki alam pekerjaan, manalah kaum Adam ini mampu untuk menghadapinya sendirian.

Justeru, bila tawaran ini datang, ianya seolah-olah satu hadiah mahal yang dikurnia tuhan dari langit. Gadis Syria. Berkulit cerah. Menghafaz quran. Mujahidah. Mereka ini sangat memerlukan perlindungan. Jikalau ada mana-mana lelaki yang tampil menyelamatkan, pastilah lelaki tersebut dinobatkan sebagai seorang HERO penyelamat maruah gadis yang tidak berdaya. Wah. Class gitu. Macho agaknya.

Lalu, aku melihat kaum Adam yang bermimpi untuk menyahut seruan tersebut berkata begini:

“Hidung tak mancung. Letak mas kahwin tinggi-tinggi. Baik aku ambil perempuan Syria. Putih melepak. 40USD dah boleh dapat.”

“Terhegeh-hegehlah perempuan melayu lepas ni. Tulah. Sape suruh letak mas kahwin berpuluh ribu.”

Hehe. Melihatkan perkara ini, aku jadi gelak sendiri. Ada hati jejaka malaya ini beristerikan gadis Syria?

Aku bukan memandang rendah. Tapi, mereka-mereka ini, bila berita mengenai kekejaman tentera Hizbullah disiarkan, pandang sebelah mata. Diam seribu bahasa. Tapi, bila tawaran 40USD datang, dialah yang paling lantang menyahutnya. Kamu ini lelaki seperti apa?

Ok lah. Isu tu, kita berhenti di sini saja. Berbalik kepada isu mahar yang tinggi tadi.

Kita maklum, tentang mas kahwin yang tinggi tu, hanyalah isu adat orang melayu. Berbeza dengan Islam, Islam menyarankan kita merendahkan maharnya.

Tapi, itulah. Manusia. Takut untuk menyalahi adat. Takut berhadapan kata-kata orang. Bila kita mengkhabarkan berita tentang perkahwinan, soalan yang makcik-makcik kita akan tanya adalah:

“Wang hantaran dah tetapkan ke? Berapa?”

“Mestilah kene tengok tahap pendidikan. Kau tu ada Degree. Kalau ada degree, paling kurang RM15 000.”

Entahlah. Kadang-kadang tak faham  juga. Apa pentingnya makcik-makcik tersebut mengetahui nilai hantaran? Bukan mereka yang dapat duit tu.

Aku terjumpa basic rate untuk nilai hantaran yang dinilaikan berdasarkan tahap pendidikan pengantin perempuan.

UPSR/PMR/SRP: RM 1 000 – RM 3 000
SPM: RM 3 000 – RM 8 000
STPM/Diploma: RM 8 000 – RM 12 000
Degree: RM 12 000 – RM 15 000
2nd Degree/Master: RM 15 000 – RM 20 000
PHD: RM 20 000 – RM 30 000

Peh! Begitu sekali manusia meletakkan nilai bagi hantaran.

Bagi yang mampu, aku sedikit pun tidak membantah. Silakan beri apa pun nilainya. Tapi, bagi yang kurang mampu, janganlah dipaksakan. Nanti diri sendiri yang merana. Takut-takut nanti perkara ini diungkit-ungkit lepas berkahwin.

Aku juga mendengar rintihan segelintir sahabatku yang bakal menikah.

“Makcik-makcik kita semua kate kene letak atas RM 10 000. Sebab kita ade Degree Law. Tapi kita tak susahkan tunang kita. Dia sendiri pun baru habis belajar. Dah la anak sulung. Adik-adik dia ramai lagi yang perlu ditanggung.”

Hmm. Begitulah kisahnya. Hendak dilanggar adat, takut dicaci saudara mara. Yalah. Perasaan  mereka juga perlu diambil kira. Mereka tu keluarga kita. Tapi, bila diikutkan adat, menyusahkan bakal suami sendiri yang kita terpaksa hidup dengannya seumur hidup. Menyusahkan keluarganya yang bakal menjadi keluarga kita juga akhirnya.

Itulah dia. Perkara yang selalu menjadi dilema bakal pengantin yang sepatutnya bahagia menjelang hari perkahwinannya.

Dan buat para daie, ini lah kenyataannya. Masyarakat kita belum bersedia mengutamakan syariat demi adat. Masyarakat kita lebih mengutamakan kata-kata manusia berbanding sabda nabi. Mungkin, dalam kelompok masyarakat ini, terdapat juga ahli keluarga kita? Allahu a’lam.

Aku akui, perkara ini memang berat. Tapi, begitu sabda nabi,

“Akan tiba suatu masa pada manusia, dimana orang yang bersabar di antara mereka dalam memegang agamanya, ibarat orang yang menggenggam bara api.” (HR At-Tirmidzi)

Perlu sedikit mujahadah dan keberanian. Keberanian untuk menyatakan prinsip. Untuk mengetengahkan saranan Islam. Aku percaya, saranan ini lambat laun akan diterima pakai. Tapi… Yalah. Perlu mujahadah sikitlah.

Islam itu agama fitrah. Dan urusan yang mudah itu adalah fitrah yang menyenangi manusia.

"Wanita yang paling besar barakahnya adalah yang paling ringan Maharnya" (HR Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Baihaqi dengan sanad Sahih)

"Sebaik-baik wanita adalah yang paling ringan mas-kahwinnya" (HR Ath-Thabrani)



*tentang Syria, sila lawati IKRAM 4 Syria

2 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT