Tuesday, April 2, 2013

Baitul Muslim #1



Baitul Muslim #1: Surprise!

Sebelum menikah, macam-macam yang aku dengar tentang erti sebuah ‘perkahwinan’. Sekelompok wanita mengganggap pernikahan itu sebagai sesuatu yang sangat membahagiakan. Mententeram jiwa. Indahnya bercinta. Dikurniakan imam pemimpin hidup di dunia dan akhirat.

Manakala lagi satu pihak, mempunyai pandangan yang berbeza. Dah jadi isteri nanti, kene buat kerja rumah segala. Basuh baju, memasak, mengemas rumah, menjaga anak dan banyaaaaak lagi. Kene ikut suami kemana dia pergi. Keluar rumah mesti dengan izin suami. Haish. Dah tak bebas bergerak.

Pernyataan-pernyataan diatas ini ada benarnya.

Memandangkan aku membuat keputusan untuk bernikah dengan sistem Baitul Muslim saranan jamaah, aku telah dirujukkan kepada kakak-kakak dan makcik-makcik untuk memberi sedikit gambaran awal tentang erti pernikahan ini. Malah, mereka juga bertindak sebagai penasihat dan pemberi AMARAN. Hui.

Amaran 1: KEJUTAN! SURPRISE!

Kata ukhti:

“Dalam Baitul Muslim ni, banyaaak sangat kejutan yang awak akan alami. Terkejut dengan sikap suami. Terkejut dengan cara dia berfikir. Cara dia menilai sesuatu. Sikap panas barannya. Kuat melatah. Berdengkur ketika tidur. Hmm. Dulu sebelum kahwin, kita kenal dia sebagai orang yang sangat thiqah. Wara’. Fikrahnya mantap. Tiba-tiba bila tinggal serumah… astaghfirullahal azim.. suami aku ni tidur lepas subuh?.......”

Lalu kawan-kawan aku yang masih belum pakai stokin kaki ketika keluar jalan-jalan, tersenyum sinis.

“Hmm.. sebab tu lah aku bercouple dulu sebelum kahwin. Biar betul-betul kenal. Kalau kahwin dulu, menyesal tak berlagu lah. Tak boleh nak buat apa dah.”

Lalu, ingin sekali aku ingatkan kawan-kawanku ini. Nasihat ukhti ini tidak terhenti disitu. Sambungnya,

“…..Tapi disitu juga ada indahnya. Bila kita ikhlas menerima pasangan kita seadanya. Redha dan yakin dengan istikharah kita. Yakin dengan pilihan Allah untuk kita. Dalam alam percintaan, manusia akan berpura-pura. Berusaha menjadi manusia agung di depan kekasih hati. Suka menolong. Penyabar. Nanti selepas bernikah, baru terserlah ‘warna’ sebenarnya.

Jangan risau. Kalau masing-masing ikut tarbiyyah, patuh perintah Allah, insya Allah segala masalah ada penyelesaiannya. Dengan tarbiyyah kan…segalanya mungkin. Sepertimana diri kita yang banyak kekurangan, begitu juga dengan suami kita nanti. Jangan anggap dia seperti malaikat.”

Yeah! Yakini istikharahmu!

Yang penting, mesti terima pasangan kita baik dan buruknya. Bila berkahwin, kita saling melengkapi antara satu sama lain. Ada peranan yang harus kita mainkan sebagai pelengkap kekurangan suami. Jangan asyik fokus peranan suami yang akan melengkapkan kita. Nanti kecewa. Hiduplah untuk memberi.

Ya lah. Kita selalu fikir begini:

“Bila berkahwin nanti, insya Allah aku akan makin qowiy dalam dakwah dan tarbiyyah. Almaklumlah.. Dah ada suami yang akan sentiasa menyokong perjuangan aku.”

Amboi, kamu sangka dia takde kerja lain?

Heheh. Bukan tidak boleh berfikiran seperti itu. Tapi, lebih eloklah kiranya kita fikir begini:

“Insya Allah selepas nikah nanti, aku akan berusaha menjadi pendokong perjuangan suami. Sentiasa di sisi beliau susah dan senang. Penguat ketika dia lemah. Bantu secara fizikal dan mental.”

Hmm.

Yang penting, utamakan keredhaan Allah dalam setiap perkara. Termasuk dalam hal memilih pasangan hidup dan dalam urusan ‘membina masjid’ ni. Mainkan peranan kita sebelum kita menuntut orang lain tunaikan tanggungjawab mereka.

Nah! Sekarang kamu tanya diri sendiri. Jalan mana yang berkenan di hati? Mahu ikut bisikan iman atau bisikan syaitan?




* * * * *
Alhamdulillah. Dah 4 bulan dah. 
Hmm. Seriously. Aku terkejut. Tapi aku ikhlas. Insya Allah.