Saturday, June 22, 2013

Mahar 40USD Buat HERO Malaya





Mahar 40USD

Baru-baru ni kita telah digemparkan dengan satu berita. Yup. Tawaran untuk menikahi gadis-gadis Syria dengan mahar bernilai 40USD. Atas alasan membantu mereka. Al maklum, negara Syria sedang bergolak. Tentang Bashar Assad si kuku besi. Tentang puak Syiah yang memusuhi saudara mereka sendiri, ahli Sunni.

Kekejaman terus-terusan berlarutan. Tapi dunia ini senyap seribu bahasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Entah ke mana perginya PBB dan pejuang-pejuang hak asasi kemanusiaan. Tak siapa berani menentang melainkan segelintir cuma.

Paling menyedihkan, puak ini mengaku diri mereka sebagai muslim, tetapi memusuhi saudaranya sendiri. Ahh. Aku tidak sepatutnya menggelar mereka sebagai muslim. Puak ini telah melakukan kezaliman terhadap saudaranya. Membunuh. Merogol. Menyiksa. Pelbagai layanan yang tidak selayaknya diberikan kepada manusia. Kerana, sesama manusia, darahnya diharamkan oleh Allah. Haram dalam erti kata, kita haram membunuhnya, haram mengambil hartanya, haram menyakitinya.

Akan tetapi, atas kefahaman puak ini, dihalalkan segala kezaliman tersebut dan perkara ini berterusan sehingga hari ini.

Kalau kita lihat isu Palestin, isu Palestin hari ini adalah satu isu yang popular dalam  mata masyarakat dunia, tetapi lain keadaannya dengan isu Syria. Kezaliman yang sama telah berlaku. Tetapi dunia hanya memandang sepi. Menutup mata dan memekakkan telinga. Mengelak dari membincangan hal ini. Padahal tahap keseriusan kedua-dua isu ini adalah setara.

Paling menyedihkan, ada juga golongan yang cuba mengalihkan pandangan mereka-mereka yang kurang peka tentang isu Syria ini sehingga isu ini disalah erti.


Ya. Aku merujuk tentang tawaran menikahi gadis-gadis Syria dengan mahar 40USD atas alasan menyelamatkan mereka daripada penindasan puak Syiah.

Menurut aku, tawaran ini, pertamanya, telah merendahkan martabat wanita. Keduanya, senang-senang mereka menggunakan nama ‘Ikhwanul Muslimin Mesir’. Allahu. Aku cuba membaca buku-buku IM. Dan menurutku, tawaran sebegini tidak akan  terlintas oleh IM meski alasannya tampak munasabah.

Dan, daripada isu ini juga, aku terlihat satu perkara. Tentang mahar.

Mahar yang rendah pastinya memudahkan. Apatah lagi hidup di bumi Malaysia yang menuntut kos kehidupan yang sangat tinggi. Baru keluar universiti sudah menanggung hutang yang berpuluh ribu. Nak kahwin, keluarga perempuan pula menetapkan mas kahwin yang tinggi. Dengan pengalaman kerjaya yang sifar, kemudian memasuki alam pekerjaan, manalah kaum Adam ini mampu untuk menghadapinya sendirian.

Justeru, bila tawaran ini datang, ianya seolah-olah satu hadiah mahal yang dikurnia tuhan dari langit. Gadis Syria. Berkulit cerah. Menghafaz quran. Mujahidah. Mereka ini sangat memerlukan perlindungan. Jikalau ada mana-mana lelaki yang tampil menyelamatkan, pastilah lelaki tersebut dinobatkan sebagai seorang HERO penyelamat maruah gadis yang tidak berdaya. Wah. Class gitu. Macho agaknya.

Lalu, aku melihat kaum Adam yang bermimpi untuk menyahut seruan tersebut berkata begini:

“Hidung tak mancung. Letak mas kahwin tinggi-tinggi. Baik aku ambil perempuan Syria. Putih melepak. 40USD dah boleh dapat.”

“Terhegeh-hegehlah perempuan melayu lepas ni. Tulah. Sape suruh letak mas kahwin berpuluh ribu.”

Hehe. Melihatkan perkara ini, aku jadi gelak sendiri. Ada hati jejaka malaya ini beristerikan gadis Syria?

Aku bukan memandang rendah. Tapi, mereka-mereka ini, bila berita mengenai kekejaman tentera Hizbullah disiarkan, pandang sebelah mata. Diam seribu bahasa. Tapi, bila tawaran 40USD datang, dialah yang paling lantang menyahutnya. Kamu ini lelaki seperti apa?

Ok lah. Isu tu, kita berhenti di sini saja. Berbalik kepada isu mahar yang tinggi tadi.

Kita maklum, tentang mas kahwin yang tinggi tu, hanyalah isu adat orang melayu. Berbeza dengan Islam, Islam menyarankan kita merendahkan maharnya.

Tapi, itulah. Manusia. Takut untuk menyalahi adat. Takut berhadapan kata-kata orang. Bila kita mengkhabarkan berita tentang perkahwinan, soalan yang makcik-makcik kita akan tanya adalah:

“Wang hantaran dah tetapkan ke? Berapa?”

“Mestilah kene tengok tahap pendidikan. Kau tu ada Degree. Kalau ada degree, paling kurang RM15 000.”

Entahlah. Kadang-kadang tak faham  juga. Apa pentingnya makcik-makcik tersebut mengetahui nilai hantaran? Bukan mereka yang dapat duit tu.

Aku terjumpa basic rate untuk nilai hantaran yang dinilaikan berdasarkan tahap pendidikan pengantin perempuan.

UPSR/PMR/SRP: RM 1 000 – RM 3 000
SPM: RM 3 000 – RM 8 000
STPM/Diploma: RM 8 000 – RM 12 000
Degree: RM 12 000 – RM 15 000
2nd Degree/Master: RM 15 000 – RM 20 000
PHD: RM 20 000 – RM 30 000

Peh! Begitu sekali manusia meletakkan nilai bagi hantaran.

Bagi yang mampu, aku sedikit pun tidak membantah. Silakan beri apa pun nilainya. Tapi, bagi yang kurang mampu, janganlah dipaksakan. Nanti diri sendiri yang merana. Takut-takut nanti perkara ini diungkit-ungkit lepas berkahwin.

Aku juga mendengar rintihan segelintir sahabatku yang bakal menikah.

“Makcik-makcik kita semua kate kene letak atas RM 10 000. Sebab kita ade Degree Law. Tapi kita tak susahkan tunang kita. Dia sendiri pun baru habis belajar. Dah la anak sulung. Adik-adik dia ramai lagi yang perlu ditanggung.”

Hmm. Begitulah kisahnya. Hendak dilanggar adat, takut dicaci saudara mara. Yalah. Perasaan  mereka juga perlu diambil kira. Mereka tu keluarga kita. Tapi, bila diikutkan adat, menyusahkan bakal suami sendiri yang kita terpaksa hidup dengannya seumur hidup. Menyusahkan keluarganya yang bakal menjadi keluarga kita juga akhirnya.

Itulah dia. Perkara yang selalu menjadi dilema bakal pengantin yang sepatutnya bahagia menjelang hari perkahwinannya.

Dan buat para daie, ini lah kenyataannya. Masyarakat kita belum bersedia mengutamakan syariat demi adat. Masyarakat kita lebih mengutamakan kata-kata manusia berbanding sabda nabi. Mungkin, dalam kelompok masyarakat ini, terdapat juga ahli keluarga kita? Allahu a’lam.

Aku akui, perkara ini memang berat. Tapi, begitu sabda nabi,

“Akan tiba suatu masa pada manusia, dimana orang yang bersabar di antara mereka dalam memegang agamanya, ibarat orang yang menggenggam bara api.” (HR At-Tirmidzi)

Perlu sedikit mujahadah dan keberanian. Keberanian untuk menyatakan prinsip. Untuk mengetengahkan saranan Islam. Aku percaya, saranan ini lambat laun akan diterima pakai. Tapi… Yalah. Perlu mujahadah sikitlah.

Islam itu agama fitrah. Dan urusan yang mudah itu adalah fitrah yang menyenangi manusia.

"Wanita yang paling besar barakahnya adalah yang paling ringan Maharnya" (HR Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Baihaqi dengan sanad Sahih)

"Sebaik-baik wanita adalah yang paling ringan mas-kahwinnya" (HR Ath-Thabrani)



*tentang Syria, sila lawati IKRAM 4 Syria

Sunday, June 2, 2013

Baitul Muslim #2







"Abang, nak tanya satu soalan. Perasaan abang lepas kahwin. One word. ?"

………..


* * * * * * * 

Ada orang nak sangat kahwin. Tak sabar. Katanya, indah. Punya imam memimpin diri dan anak-anak. Alhamdulillah.

Ada orang takut. Takut tak mampu galas beban sebagai isteri atau suami. Sebagai ibu dan bapa. Almaklumlah. Tugas bertambah berlipat kali ganda. Kalau dulunya kita hanya mengurus diri sendiri, kini kena urus suami. Anak-anak. Bukan itu sahaja, ada keluarga mertua. Saudara ipar. Tak cukup dengan urusan diri sendiri, kini urusan suami juga adalah urusan kita.

Biasanya, golongan yang pertama tu, golongan yang belum nak kahwin. Sebab dia hanya nampak yang indah. Golongan yang kedua pula, yang dah dekat nak kahwin. Sebab waktu ni, barulah dia ternampak bayangan-bayangan hitam yang perlu dia hadapi selepas kahwin nanti.

Apa-apa pun, tak dinafikan, perkahwinan itu indah. Perkahwinan sahajalah yang menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita yang ajnabi. Sebab itulah, ada yang mengibaratkan perkahwinan dan rumah tangga sebagai “Syurga yang disegerakan”.
Kalau tidak, takde lah orang bercouple, clash, pastu couple dengan yang lain pulak, pastu clash lagi. Cari yang lain pula. Allahu. Bertukar ganti lima enam kali. Pantang single, mesti cari pengganti. Tak boleh hidup sendirian katanya.

Tapi, lain pula untuk yang menjaga had-had Allah. Bagi mereka, setinggi manapun keinginan, syariat tetap yang utama. Lalu, Allah sediakan penyelesaiannya. Bernikahlah.

“Maka sempurnalah sebahagian dari agama kalian”

Maka, dengan pernikahan, tersalurlah syahwat ke jalan yang dihalal-Nya. Malah, mendapat pahala.

Maka, diraikanlah fitrah manusiawi yang ingin dicintai dan mencintai.

Maka, berkuranganlah maksiat yang berasaskan syahwat dan nafsu kebinatangan. Maksiat berdua-duaan. Khalwat. Ikhtilat. Zina. Dari sekecil-kecil zina sehinggalah sebesar-besar zina. Buang bayi. Lari rumah. Derhaka ibu bapa. Hubungan sama jantina. Semuanya boleh dielakkan dengan pernikahan. Subhanallah. Indahnya syariat-Nya.

Perkahwinan juga akan melahirkan rasa ketenangan kepada kedua pasangan.

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum 21)

“Ya iyalah ukhti. Faham yang itu. Tapi bukankah pernikahan itu memberatkan? Minum pakai suami kita yang jaga. Mengandung melahirkan dan menyusu lagi. Dalam masa sama, bekerja.”

Malah, ada yang menyindir.

“Jom makan-makan sambil curhat malam ni? CafĂ© HS pukul 11.00 malam?”

“Afwan ukhti. Ana kene balik rumah.”

“Oh lupa. Dah kahwin. Tu lah. Susah juga ya. Tak boleh keluar malam. Kene minta izin. Urus banyak perkara.”

Amboi sinisnya.

Lalu, untuk golongan ini, apa entah mahu kalian? Aku bingung.

Bernikah itukan, sunnatullah. Hidup berpasangan. Yang dijadikan untuk setiap makhluq yang DIA ciptakan. Bahkan binatang tumbuhan punya pasangannya.

Bernikah itukan, sunnah Rasulillah. Malah nabi tidak mengaku ummat bagi yang sengaja untuk tidak bernikah. Nabi-nabi lainnya juga bernikah.

“Nikah itu adalah sunnahku, dan sesiapa yang membenci sunnahku bererti dia tidak termasuk dalam golonganku.” (Hadis riwayat Muslim).

Pernahkan dengar hadis, “Wanita adalah golongan yang mudah untuk masuk syurga”?

Cuba bayangkan, bila isteri menyediakan peralatan perang suami, sama pahalanya dengan suaminya yang keluar berjihad. Makanya, menyediakan minum pakai suami yang nak keluar berdakwah, pahala suami berdakwah turut mengalir kepada si isteri.

Cuba bayangkan, bila ibu meahirkan anak dan seterusnya mendidik mereka menjadi insan yang soleh, doa anak tersebut bakal menjadi syafaat ibunya di dalam kubur. Malah, ibulah yang memegang kunci redha mereka. Keutamaan seorang anak lelaki juga adalah terhadap ibunya meski dia telah bernikah.

Kalau semata-mata tidak mahu bernikah atas alasan “urus makan minum suami”, Allahu.. Sempitnya pemikiran. Melihat rumahtangga dari satu sudut semata.

Sehingga menafikan sudut-sudut yang lain. Menafikan titah tuhan yang menjadikan manusia secara berpasangan. Menafikan sunnah Rasulmu yang menyarankan pernikahan. Menafikan jalan mudah untuk ke syurga. Menafikan ganjaran pengorbanan yang berlipat kali ganda. Dan menafikan banyak lagi perkara.

Maaf kalau bunyinya agak keras. Tapi, risaulah bila perbuatan kita bercanggah dengan sunnah Allah yang menciptakan diri kamu! Risaulah bila lidahmu bertentangan dengan perbuatan Rasulmu! Jangan ego bro!

Boleh nak buat perjanjian. Tapi biarlah nampak syarie-nya. Kita kan ikhwah akhawat.

Macam dalam KCB, “tak boleh kahwin lain selagimana dia boleh melaksanakan tugasnya sebagai seorang isteri”. Kerana dia hanya ingin menjadi seperti puteri Rasullah, Fatimah yang tak pernah dimadukan oleh Ali. Nak seperti Khadijah yang tak pernah dimadukan oleh Rasulullah.

Tapi, kalau, “Awak basuh baju awak, saya basuh baju saya”, maknanya kita relakan pahala jihad terbang begitu sahaja, ditiup angain shiu shiu?

Kesimpulannya, terpulang kepada diri sendiri. Ini hanya pendapat peribadi saya. Sekian.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)


* * * * * * *


“Abang, nak tanya satu soalan. Perasaan abang lepas kahwin. One word. ?”

“Sayang.”

“Maksudnya? Tak fahamlah. Sayang bukan perasaan.”

“Sayang isteri melebihi diri sendiri.”


T_T