Thursday, July 26, 2012

Keluarga 30th Legacy AIKOL



Keluarga 30th Legacy AIKOL



Aku hampir memasuki tahun keempat pengajian. Perjalanan yang aku kira sangat panjang. Tapi perjalanan ini adalah perjalanan pencarian ilmu. Jihad. Jadi, aku tak kisah berapa lama pun aku perlu ada di sini. Aku cuma tak mahu tersungkur di pertengahan jalan.

Oh ya. Bukan itu yang aku ingin coretkan di sini. Yang ingin aku kisahkan, tentang keluarga besar aku. Keluarga aku dalam jihad mencari ilmu.

Hari-hari pergi kelas aku jumpa mereka. Kalau tak faham subjek, aku tanya mereka. Takkan nak tanya orang lain kan? Untuk aku yang punya roomates yang 30th Legacy juga, lagilah. Makan. Tidur. Outing. Study. Bergaduh. Usrah. Daurah. Semua dengan 30th Legacy. Oh. Cukup-cukuplah tu 30th Legacy. Haish.

Ada pula group FB. Amboi. Semangat sungguh ya! Belum lagi dikira nak buat t-shirt lah. Ada logo sendiri lah. Mujur takde blog sendiri ke. Organisasi sendiri ke. Allahu.

Dan yang menjadikan kisah ini lebih menarik ialah ahli keluarga ni. Macam-macam ragam dan perangai. Ya lah. Budak LAW. Hehe.

Ada yang jenis suka berkongsi apa yang dia tahu dengan semua orang. Dia update pasal inilah. Pasal itulah. Berkongsi kisah keluarga. Isu politik. Isu semasa negara. Isu ummah. Program-program tarbawi. Program kuliyyah. Gossip hangat. Calon mertua. Artis baru pakai tudung. Eh? Ada ke? Hmm. Pendek kata, semua dia nak bagitahu.

Ada juga Cuma muncul sekali sekala. Kalau dia rasa dia perlu bersuara, dia muncul. Kalau dia rasa tak perlu, dia Cuma jadi silent reader. Setakat ambil tahu perkembangan semasa.

Kami juga selalu berkongsi cerita. Kongsi nota. Bergurau senda. Saling berbincang. Usik mengusik. Gossip menggossip. Berkongsi minat pasukan bola. Tembak menembak. (err..)

Dan, bila keadaan dah jadi kacau bilau, abang sulung pon datang menenangkan. Beri teguran dan mengingatkan. Oh. Kadang-kadang memang ayatnya agak menusuk kalbu. Macam peluru Israel yang menembak kanak-kanak Palestin yang tak berdosa. Eh. Eh. Kesitu pula. Tapi, itu tandanya dia sayang kan?

Maka, keadaan sedikit tegang. Abangnya tetap dengan pendiriannya. Tapi adik-adik lain tak nak mengalah. Tak mengaku salah. Malah, menembak si abang kembali. (Eh. Siapa yang betul ni sebenarnya?)

Hmm. Macam-macam kan? Kan aku dah kata, budak LAW~ Memang macam ni. Bila ada orang cuba menentang sikit, mulalah dia beri rasional atas tindakannya itu. Bagi alasan. Siap ada dalil (autoriti).
Tapi. Bagi aku, itulah keindahan keluarga ini.

Kalau pelangi ada satu warna je, tak menarik kan? Sebab ada tujuh warnalah pelangi tu cantik. Indah.

Macam tu lah keluarga ini. Ada yang riuh. Asyik-asyik dia cakap. Dia je lah yang rajin respon. Ada juga yang senyap. Cuma ambil tahu, dan buat kesimpulan sendiri. Ada yang minat politik. Ada yang mula menceburi bidang perniagaan. Ada yang aktif society.

Dan yang lebih lebih menyerikan keluarga ini, adalah kehadiran abi-abi dan ummi-ummi yang sangat dedikasi. Mengajar kami ilmu-ilmu dengan sabar. Sentiasa memandu kami dalam sebarang kekeliruan. Selalu bagi nasihat dan tunjuk ajar. Yang paling aku suka, ummi-ummi juga berkongsi pengalaman hidup mereka dengan kami. Mungkin supaya kami belajar dari masa lalu mereka.

Subhanallah. Indah kan?

Hmm. Tak kisahlah apa pun perangai kalian. Aku hormatinya. Sebab setiap orang memang berbeza. Setiap orang ada warnanya sendiri.

Berpeganglah dengan prinsip hidup kalian. Aku hormatinya. Aku tahu perjalanan hidup kita berbeza. Aku tahu personaliti kita berbeza. Pemahaman dan cara fikir pun lain. Jadi, teruskan menjadi diri anda. Kalau ada orang tegur sikap kita, itu demi kebaikan kita. Cuba ambil masa dan fikir. Terima dengan hati terbuka. Dan yang paling penting, hormatilah perbezaan sesama kita.

Perselisihan? Alaaah. Biasalah tu. Ulama’ juga berselisih pendapat dalam mengeluarkan hukum. Inikan pula hal remeh temeh dalam hidup kita.

Terima kasih Ya Allah atas nikmat ini. Dikurniakan sahabat seperjuangan yang macam ragam. Tetapkan kami dalam deen-Mu. Kurniakan kami akal yang sihat untuk mempelajari ilmu-Mu. Sudilah Engkau kekalkan ukhuwwah ini hingga ke akhirnya. Ukhuwwah teras kegemilangan!

Terima kasih Ya Allah. Dikurniakan guru-guru yang hebat. Kurniakan mereka kesabaran dalam mendidik kami. Kurniakan mereka keberkatan dalam hidup dan ilmu mereka. Sesungguhnya merekalah pewaris nabi-nabi.


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnua Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

[al-Hujurat:13]

“Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

[al-Hujurat: 9] (rujuk)

Terima kasih 30th Legacy untuk semua keindahan ini.

eh. ada ucapan raya pulak. xpe lah. selamat hari raya in advance :)




Ps: saya bukan assobiah. Cuma… entah lah.. Mungkin cuba menghargai setiap yang ada di sekeliling saya. Peace. ^_^v


Tuesday, July 10, 2012

Kisah Si Jamilah




Bismillah.

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
[al-Baqarah: 216]