Monday, November 15, 2010

poligami Nabi s.a.w. (Zainab al-Jahsyi)


 jom cakap psal kawin.hehe.



juz kiddin'. ini kisah tentang Zainab...

ini seerah yang diselewengkan. jom ambil tahu. tanda prihatin kita pada sejarah agung nabi kita Muhammad s.a.w.

Zainab al-Jahsyi. berketurunan mulia. beliau kuat beribadah. Rasulullah telah melamar beliau untuk anak angkat baginda, Zaid. Lalu jadilah Zainab isteri kepada Zaid.

Fakta yg perlu diketahui

1. Masyarakat Arab dulu2 sangat asobiah. Perkahwinan lain darjat sangatlah tidak disetujui. Zainab dari keturunan mulia sedangkan Zaid hamba yang dibebaskan.

2. Kalau ada perkahwinan lain2 darjat, perempuan yang diceraikan akan dihina masyarakat. Takde sape nak kahwin dengan dia dah.

3. Masyarakat Arab dulu menyamakan taraf anak angkat dengan anak kandung. Kalau anak angkat berkahwin dan isteri tu kemudiannya diceraikan, ayah x boleh kahwin dengan perempuan tersebut. 

Sejarah yang salah

Kisah 1. Subhanaka Maqlubul Quluub

Dikatakan bahawa Baginda Nabi terlihat kecantikan Zainab secara tidak sengaja, ketika langsir kamarnya terselak ditiup angin. Time tu Zainab tak pakai tudung. Baginda sangat kagum sehingga terkeluar dari mulut baginda,  

"Subhanaka Maqlubul Quluub" (Maha Sucu Tuhan yang telah membalik-balikkan hati)

Timbullah rasa cinta Baginda terhadap Zainab. Tapi Nabi sembunyikan perasaan nya. Ketika tu, Zaid selalu mengadu kepada Nabi bahawa perkahwinan nya dengan Zainab tak bahagia. Nabi lalu berpesan kepada Zaid supaya tidak menceraikan isterinya dan bertawakkal kepada Allah. Kemudian turunlah firman Allah, kononnya menegur sikap Nabi ni dalam surah al-Ahzab ayat 37

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya).”

Kisah 2

Rasulullah terpesona akan kecantikan Zainab. Lalu Zaid terpaksa menceraikan Zainab untuk dikahwinkan kepada Nabi. Umat Islam ketika tu sangat sedih. Tapi Jibril yang datang bersama wahyu2 Allah, menyatakan bahawa Allah mengharuskan perbuatan Nabi ni. Jadi, umat Islam tak berani nak kate apa dah.

Kisah yang Benar

1. Nabi sebenarnya dah tahu tentang perancangan Allah ke atas dirinya dan Zainab. Maksudnya, baginda dah tahu Zainab akan menjadi isterinya.

2. Pada mulanya keluarga Zainab x setuju dengan perkahwinan Zainab dan Zaid, sebab Zainab berasal dari keluarga yang ternama. Sedangkan Zaid adalah hamba yang dibebaskan. Tapi sebab Nabi yang suruh adakan perkahwinan ni, maka mereka pun setuju sebab x nak melanggar perintah Nabi. Nabi bacakan kepada mereka wahyu Allah dalam surah al-Ahzab ayat 36,

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” 

tapi, ternyata Zaid dan Zainab tak bahagia. Nabi yang memang dah tahu tentang perancangan ni, berasa sangat khuatir dan risau. Lalu turunlah firman Allah, surah al-Ahzab ayat 37,

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya).

Lalu disebabkan tidak dapat meneruskan rumah tangga, maka bercerailah Zaid dengan Zainab. Setelah tu, Nabi pun melamar Zainab untuk dirinya. Makanya, terhapuslah 2 budaya Arab Jahiliyah.

1. Budaya Arab yang memandang hina bekas isteri yang mengahwini bukan Arab. Peristiwa ni juga mengangkat darjat Zainab (yang mengahwini Zaid) dan juga memartabatkan wanita. 

2. Budaya Arab yang menyamakan anak angkat dengan anak kandung. Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 37,

“Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.

Firman Allah dalam surah yang sama, ayat 4,

“….. dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.”

(teringat cerita Muallimah Ummi time sekolah dulu2)

Rasulullah adalah contoh teladan untuk kita. Sebab tu Allah pilih Nabi sendiri untuk memansuhkan budaya Arab ni. Untuk diikuti oleh umatnya kemudian hari. 

rujukan:
1. Buku, Kesalahan-Kesalahan Trehadap Fakta-Fakta Sejarah Zaman Jahiliyah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, Prof Dr Ibrahim Ali Sya'wat
5. ingatan zaman mude2 dulu:p



____________________________________________
ps:
-ni boleh jd wajibat x?huu
-saye sudah update. anda bile?
-yg xd blog lg, sile lah buat. hehe
-don ask me bout marriage


2 comments:

UmmU-Nisaa' said...

tak pernah terfikir..dan juga tak tau ada org yg cipta salah anggap terhadap kisah ni. Subhanallah.. setiap peristiwa yg berlaku pd Nabi saw,sememangnya ad pengajaran n panduan utk diikuti oleh umat..

syifa' rahiman said...

hm, betol. like~