Wednesday, November 17, 2010

persediaan

Salam Aidil Adha

sekitar hari ini. 
(ehem..ni kisah saye. xyah bace laa ye. tq)

beraya di Masjid Negeri Shah Alam. 



solat sunat raya. kalau kat shah alam ni, 2 rakaat je. x tau la tempat lain :p
then, khutbah hari raya, berkisar tentang perlunya kita berkorban, tak kira harta masa atau tenaga. khatib bace surah at-taubah ayat 11.

juga tentang pengorbanan nabi ibrahim dan nabi ismail a.s.


 lepas habis khutbah, kereta berpusu-pusu meninggalkan masjid. kat masjid negeri pon ade majlis qorban, tapi my family pergi yang dekat surau rumah, surau al-Husna. abi, alang, kak teh, kak chik n me.


6 ekor lembu, seekor kambing. alhamdulillah.



 



yang lain semua pergi padang tengok orang sembelih lembu.
sementara aku di dapur, beserta muslimat lain, sibuk menyediakan bahan2 untuk masak daging korban, untuk lunch. 


   



 
_______________________________
ehem2...testing2...

hm.tetibe excited sgt nk cerita pasal raya qurban ni. ni first time rase bermaknanya raya qurban.
bersame-sama dengan jiran2 yang aku x kenal, buat kerja2 dapur yang sememangnya aku x reti. 

mula2 sangat kekok, aku sorang2. dah la x bawak pisau.

"adinda, tiap2 tahun kita kene bawak pisau sendiri..", tegur sorang mak cik.

adus~belom pape dah kene. segannye. hmm x pe la. first time.. so awalnya, aku tolong blend pape yg patot. 

mula2 x ramai orang, barang2 pon banyak yg x sampai lagi.

lepas tu, tiba2 suasana jadi gegak gempita. riuh. orang bercakap kat mana2. ada yg gelak2. ada yg bercerita penuh semangat. pergh~ orang sangat ramai. kerja bertambah-tambah.

tapi semua ok je. aku layan je mane2 mak cik yg ajak aku bersembang. bile orang tanya ni anak sape,

"emm...anak wan rahiman."

"oo..."

dengan yakinnya aku jawab. mak cik tu punya "oo...", dia macam x kenal pon, tapi buat2 kenal. nak jaga hati kot. xpe lah.

apa2 pon mereka yang hadir tadi sangat hebat. diorang ada semangat kejiranan yang tinggi.  

berbaik dengan jiran ni penting tau. Allah ada berfirman,

“ Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil. “
 (Surah an-Nisa’ : ayat 36)
 
Rasulullah pun ada bersabda, 
“ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
hmm. tu lah ceritanya di hari raya aidil adha tahun ni. jumpa jiran2, tolong2 kat dapur, solat zohor jemaah, dan lunch sama2. saya sangat menghargai hari ini. sekian. 

(i've told u rite? don read!)

____________________________________

kesimpulannya:

- tunaikan hak jiran tetangga

- ap yang persediaannya? hm..mungkin perlu bersedia untuk jadi dewasa.haha. memain je.

- wallahu a'lam





7 comments:

prettyugly said...

persediaan jadi dewasa? itu harus. persediaan untuk kahwin? itu pon harus.

tadehal lah syifa! :)

syifa' rahiman said...

hebat nad ni
paham ape yg sy maksudkn
haha.jayyid2

Nadiah::Syaimaa'::Hamizah said...

salam.

huyeah.
anak ummi dah besar!
hehehehe.
;)

kena jadi berani la kan nak buat persediaan2 ni.
kena banyak bertanya, membaca, borak..
hmm
menarik post cipak!
:D

-syaimaa'-

wan said...

pengajaran lain::
1. lain kali bawa pisau sendiri...
hehe=)

syifa' rahiman said...

syema': borak tu cam best. gossipsss~heh

wan: bwk pisau kemane-mane, ok? haha



psst..sy nk update blog karisma tp x tau nk tulis ap.aduih

UmmU-Nisaa' said...

wow..ramai ke pnduduk situ? 6 ekor lembu n 1 ekor kambing...

syifa' rahiman said...

k.mun: ramai la gk. yela, duduk kawsn perumahan. best!