Baitul Muslim #1: Surprise!
Sebelum menikah, macam-macam yang aku dengar tentang erti sebuah
‘perkahwinan’. Sekelompok wanita mengganggap pernikahan itu sebagai sesuatu
yang sangat membahagiakan. Mententeram jiwa. Indahnya bercinta. Dikurniakan
imam pemimpin hidup di dunia dan akhirat.
Manakala lagi satu pihak, mempunyai pandangan yang berbeza. Dah jadi
isteri nanti, kene buat kerja rumah segala. Basuh baju, memasak, mengemas
rumah, menjaga anak dan banyaaaaak lagi. Kene ikut suami kemana dia pergi.
Keluar rumah mesti dengan izin suami. Haish. Dah tak bebas bergerak.
Pernyataan-pernyataan diatas ini ada benarnya.
Memandangkan aku membuat keputusan untuk bernikah dengan sistem Baitul
Muslim saranan jamaah, aku telah dirujukkan kepada kakak-kakak dan
makcik-makcik untuk memberi sedikit gambaran awal tentang erti pernikahan ini.
Malah, mereka juga bertindak sebagai penasihat dan pemberi AMARAN. Hui.
Amaran 1: KEJUTAN! SURPRISE!
Kata ukhti:
“Dalam Baitul Muslim ni, banyaaak sangat kejutan yang awak akan alami.
Terkejut dengan sikap suami. Terkejut dengan cara dia berfikir. Cara dia
menilai sesuatu. Sikap panas barannya. Kuat melatah. Berdengkur ketika tidur. Hmm.
Dulu sebelum kahwin, kita kenal dia sebagai orang yang sangat thiqah. Wara’.
Fikrahnya mantap. Tiba-tiba bila tinggal serumah… astaghfirullahal azim.. suami
aku ni tidur lepas subuh?.......”
Lalu kawan-kawan aku yang masih belum pakai stokin kaki ketika keluar jalan-jalan,
tersenyum sinis.
“Hmm.. sebab tu lah aku bercouple dulu sebelum kahwin. Biar betul-betul
kenal. Kalau kahwin dulu, menyesal tak berlagu lah. Tak boleh nak buat apa
dah.”
Lalu, ingin sekali aku ingatkan kawan-kawanku ini. Nasihat ukhti ini tidak
terhenti disitu. Sambungnya,
“…..Tapi disitu juga ada indahnya. Bila kita ikhlas menerima pasangan
kita seadanya. Redha dan yakin dengan istikharah kita. Yakin dengan pilihan
Allah untuk kita. Dalam alam percintaan, manusia akan berpura-pura. Berusaha menjadi
manusia agung di depan kekasih hati. Suka menolong. Penyabar. Nanti selepas
bernikah, baru terserlah ‘warna’ sebenarnya.
Jangan risau. Kalau masing-masing ikut tarbiyyah, patuh perintah Allah,
insya Allah segala masalah ada penyelesaiannya. Dengan tarbiyyah kan…segalanya
mungkin. Sepertimana diri kita yang banyak kekurangan, begitu juga dengan suami
kita nanti. Jangan anggap dia seperti malaikat.”
Yeah! Yakini istikharahmu!
Yang penting, mesti terima pasangan kita baik dan buruknya. Bila
berkahwin, kita saling melengkapi antara satu sama lain. Ada peranan yang harus
kita mainkan sebagai pelengkap kekurangan suami. Jangan asyik fokus peranan
suami yang akan melengkapkan kita. Nanti kecewa. Hiduplah untuk memberi.
Ya lah. Kita selalu fikir begini:
“Bila berkahwin nanti, insya Allah aku akan makin qowiy dalam dakwah dan
tarbiyyah. Almaklumlah.. Dah ada suami yang akan sentiasa menyokong perjuangan
aku.”
Amboi, kamu sangka dia takde kerja lain?
Heheh. Bukan tidak boleh berfikiran seperti itu. Tapi, lebih eloklah
kiranya kita fikir begini:
“Insya Allah selepas nikah nanti, aku akan berusaha menjadi pendokong
perjuangan suami. Sentiasa di sisi beliau susah dan senang. Penguat ketika dia
lemah. Bantu secara fizikal dan mental.”
Hmm.
Yang penting, utamakan keredhaan Allah dalam setiap perkara. Termasuk
dalam hal memilih pasangan hidup dan dalam urusan ‘membina masjid’ ni. Mainkan
peranan kita sebelum kita menuntut orang lain tunaikan tanggungjawab mereka.
Nah! Sekarang kamu tanya diri sendiri. Jalan mana yang berkenan di hati?
Mahu ikut bisikan iman atau bisikan syaitan?
* * * * *
Alhamdulillah. Dah 4 bulan dah.
Hmm. Seriously. Aku terkejut. Tapi aku ikhlas. Insya Allah.