“Sayang,
tahu tak ikhwah gelarkan kita apa?”
“Erm..
Entahlaa. Mereka gelarkan kita apa?”
“Pengantin
al-Quds”
*******
Hujung
minggu lalu aku diuji Tuhan. Nikmat kereta yang selama ini dianugerahi ditarik
semula apabila brek kereta gagal berfungsi. Kereta tersadai di tepi jalan.
Alternatif yang ada cuma satu. Public transport.
Untuk aku
yang sudah lama berkenderaan sendiri, ujian ini adalah ujian yang maha dahsyat.
Namun,
fatrah peperiksaan tidak mengizinkan aku berlama-lama di rumah. Akhirnya aku
paksakan langkahan kakiku pulang ke kolej menaiki kenderaan awam. Dari Shah
Alam ke Gombak.
Sebelum
keluar rumah, aku capai satu buku sebagai peneman sepanjang perjalanan. Terima
kasih Ya Allah kerana memimpin tanganku mencapai buku yang TEPAT.
Sebuah
Berkas Kisah untuk Palestina. Pengantin-Pengantin Al-Quds.
Buku ini adalah
himpunan kisah-kisah pejuang. Kesemuanya dua puluh kisah. Temanya satu.
PALESTINA.
Selepas
habis satu kisah, aku sambung kisah yang seterusnya. Sehingga tamat
perjalananku hari ini.
Lalu, aku
cuba memposisikan diri aku pada salah satu watak yang terdapat dalam buku.
Tapi.
Hampa. Kecewa. Tak satu pun serupa denganku. Hampir serupa pun tak ada. Malah
sangat jauh berbeza.
Ya. Watak
wanita baru menikah itu ada. Tapi bila dibandingkan perwatakannya, Allah.. Jauh
sama sekali. Aku tak layak. Dia merelakan suaminya pergi berjuang usai majlis
pernikahan mereka. Kesudahannya, dia menyaksikan sendiri suaminya gugur syahid
dalam perjalanannya ke hospital setelah ditembak tentera Israel.
Apatah lagi
dengan watak seorang kanak-kanak berumur 10 tahun, yang selalu bersemangat
meski ayahnya dipenjara. Cerdas dan pintar. Sudah khatam menghafaz 30 juzu’.
Dan sering merindui sahabat-sahabatnya yang telah syahid. Watak ini, ribuan
kali ganda berbeza denganku.
Lalu, watak
apa yang pantas untukku?
Kecewa.
Namun, kekecewaan
ini memacu kembali semangatku. Semangat untuk terus berjuang atas kapasiti yang
aku genggami hari ini. Cemerlang dalam bidangku. Dan membantu sekadar mampu.
Kerana aku
percaya pejuang al-Quds itu terdiri daripada mereka yang berada di bumi
Palestin dan di sekitarnya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:
“Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.”
Sahabat bertanya, “Di mana mereka itu, ya Rasulullah?”
Baginda s.a.w. lalu menjawab:
“Mereka berada di Baitulmaqdis dan di kawasan sekitarnya.”
Zionis laknatullah bisa melenyapkan segala yang kami miliki. Tapi mereka takkan pernah berjaya melenyapkan kepercayaan dan semangat jihad kami.
Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:
“Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.”
Sahabat bertanya, “Di mana mereka itu, ya Rasulullah?”
Baginda s.a.w. lalu menjawab:
“Mereka berada di Baitulmaqdis dan di kawasan sekitarnya.”
Zionis laknatullah bisa melenyapkan segala yang kami miliki. Tapi mereka takkan pernah berjaya melenyapkan kepercayaan dan semangat jihad kami.
Anak-anak
kecil Palestin bukan sekadar kehilangan barangan permainan dan peralatan
sekolah. Tetapi mereka kehilangan ibu dan ayah. Kasih dan sayang. Juga sahabat
handai dan teman sepermainan. Nilaian yang tak terbandingkan dengan nilai
sebuah kenderaan.
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
(ar-Rahman)
Masih
layakkah aku dipanggil Pengantin al-Quds?
8 Jan 2013.