Corat-Coret Si Flasher
Gambar hiasan takde kaitan dengan Flasher. Takkan nak letak gambar Flasher kan? |
“Haritu ada orang nampak sorang lelaki. Jalan-jalan dalam
UIA ni tak pakai pape”
“Hah? Apesal dia macam tu?”
“Entah. Dia jalan je. Tak pakai pape. Tak bawa pape”
“Err. Badan dia berminyak hitam tak? Ada rambut?”
“Ni bukan Orang Minyak. Ni Flasher..”
Err. Flasher? Saya bukan Flasher. Heh.
Siapa sangka di bumi yang subur dengan dakwah dan tarbiyah
ini, isu ini bakal wujud. Sehingga menjadi ketakutan mahasisiwa-mahasisiwi
UIAM. Sungguh! Bukan sisters je takut. Brothers pon takut. Nak jalan-jalan
Stabaz sorang-sorang pun, dah tak berani.
Wahailah Flashers sekalian. Apa sebenarnya keinginan kalian?
Ok. Sebelum tu. Anda tahu Flasher ni apa?
Asalnya, saya sendiri tidak mengetahui wujudnya perangai
sebegini. Sehinggalah isu ini menjadi buah mulut kawan-kawan. Dan juga
dibincangkan di IIUM Online. Serius nampaknya.
Ok lah. Ayuh imbas sedikit isu Flasher ni.
Menurut urbandictionary.com, Flasher bermaksud:
“A person, usually a man, who takes pleasure in exhibiting
his private parts to random people in public.”
Oh. Perbuatan ini menurut sejarah, dikaitkan dengan
kepercayaan karut marut Orang India dahulu kala. Terdapat satu peribahasa
Catalan:
'La mar es posa bona si veu el cony d'una dona' - 'The sea
calms down if it sees a woman's cunt'.
Menurut kepercayaan ini, wanita India pada zaman dahulu mendedahkan
vaginanya kepada laut sebelum suaminya belayar bagi menolak bala. Kerana syaitan
atau kecelakaan takut melihat bahagian peribadi wanita ini.
Sementara di Barat pada kurun ke-20, perbuatan ini lebih
bersifat lucah dan porno. Namun, bagi sesetangahnya, perbuatan ini bertujuan
untuk memalukan sesetengah pihak, terutamanya lelaki. Mereka mendedahkan
bahagian peribadinya untuk memperlekehkan orang lain dan mendatangkan rasa malu
bagi orang yang melihatnya.
Oh ya. Flasher ni, salah satu bahagian daripada
Exhibitionism. Banyak lagi jenis-jenis Exhibitionism ni.
Dari sudut psikologi pula, Exhibitionism adalah suatu
penyakit ‘sexual deviation’ ataupun lebih dikenali sebagai ‘Paraphilia’. Manusia
yang menderita penyakit Exhibitionism ini suka untuk melakukan hubungan seks di
tempat yang membuatkan dia tertangkap melakukan perkara tersebut (tempat awam
lah kot) ataupun mendedahkan tubuhnya kepada orang ramai.
Manakala Flasher adalah salah satu jenis Exhibitionism yang
bertujuan untuk menunjuk-nunjuk sahaja. FLASH sahaja. Tanpa melakukan apa-apa tindakan
kepada mangsa (menyentuh atau sakiti mangsa).
Apa yang dia dapat?
Kepuasan. Bila dia tidak bertepuk sebelah tangan. Suka bila
gadis-gadis menjerit melihatkan dia berkeadaan sebegitu.
Perbuatan ini pernah berlaku di Brierfield, England. Seorang
lelaki 40-an membuka seluarnya di hadapan sepasang kekasih di perhentian bas. (September
2012)
Juga pernah berlaku di Contennial Park, Kingman. Seorang lelaki
50-an ditangkap apabila flash-ing di sebauh taman, di hadapan pengunjung
termasuk remaja 14 dan 15 tahun. (Ogos 2012)
Err. Jangan kata wujud insan-insan Flasher di UIA. Ini UIA
kot. Universiti ISLAM Antarabangsa!
Hmm.
Saya dok sebok-sebok tentang isu ni, bukan apa. Tapi,
perbuatan ni jelas-jelas tak sihat.
Satunya, saya melihatnya dari sudut aurat.
Bahagian tersebut kan aurat. Mana boleh tunjuk kepada awam. Allah
kan memerintahkan kita supaya menutup aurat. Sesama mahram pun, aurat kita terbatas.
Apatah lagi dengan orang ramai yang takde apa-apa kaitan dengan kita.
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta
janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang
jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan
taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu
dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang
mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu
sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”
(Al-Ahzab:33)
Keduanya, dari sudut sikap dan akhlaq.
Flash-ing benda yang tak perlu di-flash. Allahu. Kalian tak
segankah? Jauh dari adab kesopanan Melayu. Kita ni orang Melayu, sangat
beradab. Lalu depan orang tua kene tunduk. Memanggil orang yang lebih tua
dengan panggilan ‘abang’ dan ‘kakak’. Tegur menegur dengan berhikmah dan
berlapik. Hmm. Rasanya perangai flash-ing ni, tak tergolong dalam adab
kesopanan Melayu ni. Malah, sangat bercanggah!
Err. Tak segan ke?
Ahah. Patutlah dalam satu hadis tu, bunyinya:
“Malu itu sebahagian
daripada iman.”
(HR Muslim dan At-Tirmidzi)
Dalam hadis lain, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Jika
kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”
(HR Bukhari)
Artis pon sokong hadis tentang malu ni.
Menurut Lagu Kalau Berpacaran riwayat Sohaimi Mior Hassan,
Ana Raffali & Altimet,
“Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman”
KERNA MALU ITU PERISAI ORANG BERIMAN
Jadi, jomlah beramal dengan sikap malu. Sikap malu itukan
sikap orang beriman. Tak payahlah flashing-flashing ni.
Kalau setakat nak menakutkan orang ramai, lebih baik anda
jadi hantu dekat Ghost House Stabaz. Hehe. Menakutkan orang secara ‘syar’ie’.
Flashers.
Kalian nak argue tentang kebebasan? Bebas buat apa sahaja? Seperti
yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan? Ya lah. Kalian bukan buat
apa-apa kepada mangsa pon. Cuma menakutkan.
Hmm..
Memang Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukkan kebebasan
individu. Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap orang
mempunyai kebebasan untuk bergerak (freedom of movement).
Hm. Tapi kebebasan ini tidak mutlak tahu! Terhad. Jika ia
mengganggu ketenteraman awam, kesihatan awam, atau berkaitan penghukuman
pesalah, anda tidak lagi bebas!
Perbuatan anda mem-flash-ing adalah terbatas atas alasan
ketenteraman awam! Kalau di negara Barat sendiri flashing adalah satu
kesalahan, apatah di negara tercinta 1Malaysia yang majoritinya orang Melayu
yang sangat bersopan santun kan?
Nah! Jelas sudah kan? Agama melarang. Negara tercinta
1Malaysia pon tak bagi buat. Orang ramai pon tak suka. Melanggar pantang larang
dan adab kesopanan orang Melayu lagi. Menyalahi fitrah.
Mungkin saya boleh cadangkan aktiviti lain yang lebih
berfaedah. Berbasikal keliling UIA. Ziarah kubur Allahyarham Tan Sri Ahmad
Ibrahim belakang UIA. Jalan-jalan cari makan di Stabaz. Main arnab. Bola air. Flying fox. Mencuba pelbagai
masakan di Mahallah Ali.
Pendek kata, kalau tak nak buat perkara yang berfaedah,
jangan buat perkara yang memudharatkan.
Oh ya. Tertarik dengan keprihatinan warga kampus UIA tentang
isu ini.
Sakeenah Al-mashoor
dunt run away!! call this num 012 4260019 (pkcik nasrol) or
61965555 (iium security) if any of u see the 'flasher' or suspected guy.take a
good care of urself especially for the sisters n make sure to lock ur door
every second.may allah help us... insya-allah
Nad Alattas
Just finish my discussn d asiah n nk pulg ke aminah, d
pertghn jln tersermpk ngn pak n mak guard (got long stick with her) yg sedng
berlegar2 d mhlh aminh n she remind me: " adk, msuk blik knci pintu
ye""nk cari (flasher) pon x tau mne ni"...
Btw ble flasher sedar kite wat rondaan n tgh jd hot isu skrg
kt sister's mhlh, yup ofcoz flasher akn kurgkn aktvti biadp trsbut n berjge2,
sbb tula ble aduan d buat prlu segera bertndk, jgn tnyakan terlalu byk soaln,
boleh tny but later, ni bg mse tuk flasher larikn dri.. Pape pon ok la good
start n sgt appreciate la pd guards n mrk yg terlibat mmbntu buat rondaan..thnk
to all of u..
Dear sisters, jage dri d mne anda brda, jgn lalu d kwsn yg
snyi n gelap, sntisa brsame 2-3 org teman, elakkan pulang ke mahalah pd lwt mlm
n buat aduan dgn sgera jika nmpk org yg mencurigakn.. Sekian tq..:-)
(Ambil di IIUM Online. Mencari satu post seorang sister yang
berkongsi tips menghadapi Flasher. Tapi dah tak jumpa. Tak larat dah nak scroll
down. Haish. Btw, terima kasih kepada sisters yang prihatin)
Cukuplah tentang Flasher. Moga Allah ampunkan dosa kita
semua. Moga Allah sentiasa melindungi UIA dari sebarang musibah dan kecelakaan.
Moga Allah masih sudi menurunkan rahmat-Nya ke atas kita semua.
Kesimpulan:
1. Jangan jadi Flasher.
2. Berhati-hati sentiasa.
Sekian. Wallahu a’lm.
Rujukan:
IIUM Online
wikipedia.org/
urbandictionary.com
The Story of V: A Natural History of Female Sexuality by
Catherine Blackledge
kingmandailyminer.com/
lancashiretelegraph.co.uk/
((tak pasal-pasal saya diburu Flashers untuk post ini.
habislah))